Viral Artis

Azrul Zaidi Bongkarkan Sisi Gelap MLM, Kenapa Setiap Tahun Asyik Peserta Sama?

Azrul Zaidi Bongkarkan Sisi Gelap MLM, Kenapa Setiap Tahun Asyik Peserta Sama?

Sejak bertayang pada 2011, rancangan komedi ‘Maharaja Lawak Mega’ (MLM) pasti dinanti-nantikan untuk menceriakan malam Jumaat rakyat Malaysia. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terlihat kumpulan pelawak yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada orang sama. Oleh sebab itu, terkadang kandungan lawak mereka sudah boleh dijangka bahkan timbul juga isu kekeringan idea.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Azrul Zaidi Bongkarkan Sisi Gelap MLM, Kenapa Setiap Tahun Asyik Peserta Sama? Azrul Zaidi Bongkarkan Sisi Gelap MLM, Kenapa Setiap Tahun Asyik Peserta Sama?

Maharaja Lawak ni penuh dengan ketidakpuasan & tidak adil bagi sesetengah peserta

Bercakap mengenai isu berkenaan, Azrul Zaidi yang merupakan bekas Naib Johan ‘Raja Lawak Astro Musim Kedua’ tampil mendedahkan hal sebenar. Awalnya, dia mula menerima soalan daripada peminat berkaitan hasrat kemunculan semula ke pentas ‘Maharaja Lawak Mega’. Pernah menjadi peserta di MLM dahulu, jelasnya ada beberapa koflik berunsurkan diskriminasi berlaku membuatkan Azrul sendiri dan rakan pelawak lain enggan terlibat dalam rancangan tersebut.

@azrul_rajalawak

Reply to @saifulamirrulmd25 byk lg citer2 dlm MLM yg ramai xtau hehe #fyp #berandatiktok #tiktokmalaysia #foryou

♬ Suspense Music – Harry T

Cerita yang kita nak buat, diaorang reject…Tapi cerita yang ditolak tadi dapat kat kumpulan lain..Kenapa?

Persis realiti alam pekerjaan sektor lain, pelawak yang tidak pernah membantah dan sentiasa patuh akan terus dipanggil untuk menerima job. Sementara itu, lambakan bekas peserta ‘Raja Lawak’ yang mahu mencuba nasib dalam MLM tidak diberikan peluang. Dari segi proses tapisan content pula, terkadang idea sesetengah pelawak akan ditolak mentah-mentah atas faktor kurang menarik. Namun peliknya, ada pula kumpulan lain yang membentangkan content sama diberikan pelepasan mudah.

@azrul_rajalawak

Reply to @redzo_01 ada byk lg bro hehe.. #foryou #tiktokmalaysia #berandatiktok #fyp

♬ original sound – azrul_rajalawak – azrul_rajalawak

Azrul Zaidi Bongkarkan Sisi Gelap MLM, Kenapa Setiap Tahun Asyik Peserta Sama?

Sampai dalam MLM pun ada kroni ya…Sisi gelap MLM…Semua kerja mesti ada diskriminasi

Mengetahui sisi gelap rancangan berkenaan, netizen juga terkejut bahkan menyifatkan isu pilih kasih memang wujud dalam mana-mana pekerjaan sekalipun. Mereka juga bersetuju mengatakan format persembahan peserta MLM pada setiap tahun agak membosankan kerana tiada wajah baru.

Azrul Zaidi Bongkarkan Sisi Gelap MLM, Kenapa Setiap Tahun Asyik Peserta Sama? Azrul Zaidi Bongkarkan Sisi Gelap MLM, Kenapa Setiap Tahun Asyik Peserta Sama? Azrul Zaidi Bongkarkan Sisi Gelap MLM, Kenapa Setiap Tahun Asyik Peserta Sama?

Kredit : TikTok Azrul Raja Lawak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Azrul Zaidi Bongkarkan Sisi Gelap MLM, Kenapa Setiap Tahun Asyik Peserta Sama?

Facebook

Telegram