Keibubapaan Tips

Baby Mengantuk Tapi Susah Nak Lelap? Tidurkan Si Kecil Dengan 3 Tips Mudah Ini

Baby Mengantuk Tapi Susah Nak Lelap? Tidurkan Si Kecil Dengan 3 Tips Mudah Ini

Sharing is caring!

Menjaga seseorang bayi itu bukanlah mudah seperti yang disangka ramai. Antara cabaran yang sering dihadapi oleh ibu bapa baru pastinya adalah sewaktu menidurkan anak-anak kecil. Mana tidaknya, ada masa-masa tertentu si kecil ini sangat sukar untuk melelapkan mata mereka walaupun sudah mengantuk dan kenyang minum susu. Namun usah khuatir, cuba amalkan 3 tips ini untuk memastikan mereka mendapat lena yang secukupnya.

BACA: Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti

Kekalkan mood gelap di waktu malam

Merujuk kepada portal Mom Junction, antara cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut adalah memastikan rumah dalam keadaan gelap setiap kali menjelang waktu tidur. Penutupan suis lampu boleh dijadikan isyarat kepada bayi anda bahawa sudah tiba masanya untuk melelapkan mata. Seandainya mereka terjaga di tengah malam pula, elakkan daripada membuka lampu supaya mereka tidak menganggap bahawa waktu siang telah pun tiba.


Baby Mengantuk Tapi Susah Nak Lelap? Tidurkan Si Kecil Dengan 3 Tips Mudah Ini
Gambar sekadar hiasan

Elak tukar lampin semasa tidur

Kebanyakan ibu bapa merasakan bahawa amalan tukar lampin bayi semasa bayi sedang tidur dapat membuatkan mereka lebih selesa. Namun begitu, tanggapan itu meleset sama sekali kerana cara ini hanya membuatkan anak anda terjaga sekali gus sudah tentu lebih sukar untuk menidurkannya kembali. Oleh itu, adalah lebih baik jika lampin mereka ditukar siap-siap terlebih dahulu.

Baby Mengantuk Tapi Susah Nak Lelap? Tidurkan Si Kecil Dengan 3 Tips Mudah Ini
Gambar sekadar hiasan

Jangan pandang mata bayi

Siapa sahaja yang tidak suka untuk melihat baby bukan? Tetapi pada saat anda mahu menidurkan mereka, seelok-eloknya jangan pandang atau melakukan eye contact dengan bayi. Hal ini kerana, pandangan yang tepat ke arah mata boleh merangsang minda untuk menjadi aktif semula dan membantutkan lagi usaha untuk membiarkan mereka berehat tanpa sebarang kerisauan. 


Baby Mengantuk Tapi Susah Nak Lelap? Tidurkan Si Kecil Dengan 3 Tips Mudah Ini
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Mom Junction


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!