Family Hiburan Kehidupan

Baby Rina Selamba Melepas ‘Hajat’, Ryzal Reda Dapat Senyuman Lebar Percuma Lagi

Baby Rina Selamba Melepas ‘Hajat’, Ryzal Reda Dapat Senyuman Lebar Percuma Lagi

Selepas lahirnya cahaya mata bernama Rina, personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam You Narae dilihat mula sibuk dengan dunia parenting. Menjadi perkara biasa bagi ibu bapa baru, mereka perlu membiasakan diri berhadapan dengan segala kemungkinan semasa menjaga anak termasuklah seperti situasi di bawah.


BACA: [VIDEO] Gigih Nak Tunjuk Demo Mandikan Baby, Oyen Pasrah Dijadikan Model

Victim of today…Ayah dapat hasil membuang daripada Rina

Pernah berkongsi pengalaman baju dipakai terkena hasil ‘membuang’ anak sendiri 6 hari lalu, Maryam sekali lagi memuat naik sebuah posting menunjukkan video suaminya pula bernasib tidak baik apabila anak perempuannya melepaskan ‘hajat’ semasa dipangku Ryzal. Mengenangkan Rina anak sulung kesayangan mereka, lelaki kelahiran Kelantan itu hanya mampu tersenyum.

Baby Rina Selamba Melepas ‘Hajat’, Ryzal Reda Dapat Senyuman Lebar Percuma Lagi

Baby Rina Selamba Melepas ‘Hajat’, Ryzal Reda Dapat Senyuman Lebar Percuma Lagi

Rina sangat-sangat bagus, pandai Rina membuang kat ayah…Jom mandi

Rasa berpuas hati melihat si suami akhirnya merasa pengalaman yang sama ketika menguruskan anak, Maryam galak mentertawakan Ryzal di samping sempat berseloroh memuji Rina sudah pandai mendengki ayahnya. Apa yang lucunya ialah si kecil itu sempat mengukir senyuman lebar sebaik sahaja selesai membuang ‘hajat’.


Pandai Rina kenakan daddy…Kena up size pampers baby dah ni sebab tu asyik bocor

Sejak dimuat naik 2 hari lepas, video berkenaan telah meraih 460 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat muka Rina selepas berjaya kenakan ayahnya. Bukan itu saja, mereka juga sempat mencadangkan agar lampin pakai buang yang digunakan ditukar kepada saiz lebih besar.


Baby Rina Selamba Melepas ‘Hajat’, Ryzal Reda Dapat Senyuman Lebar Percuma Lagi

Baby Rina Selamba Melepas ‘Hajat’, Ryzal Reda Dapat Senyuman Lebar Percuma Lagi

Baby Rina Selamba Melepas ‘Hajat’, Ryzal Reda Dapat Senyuman Lebar Percuma Lagi

Kredit: Instagram maryamyunrrr

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Baby Rina Selamba Melepas ‘Hajat’, Ryzal Reda Dapat Senyuman Lebar Percuma Lagi

Facebook

Telegram