“Baby Sayang Untuk Hal Yang Baik-Baik Saja” – Mira Filzah Trauma Insiden Monyet

Kelmarin, pihak berkuasa telah pun memaklumkan bahawa mereka sudah berjaya menahan suspek yang terdiri daripada seorang ayah dan anak berkaitan video viral yang sengaja menembak monyet hanya kerana tidak mampu menyebut ‘baby sayang’.  Lebih mengejutkan, motif alasan pemuda berusia 18 tahun itu untuk melakukannya hanyalahn untuk suka-suka sahaja. Jelas sekali insiden tersebut dikutuk oleh rata-rata masyarakat yang telah menontonnya, termasuklah aktres Mira Filzah.

BACA: Lelaki ZaIimi Monyet Gara-Gara Baby Sayang Akhirnya Berjaya Ditangkap!

Ketika ditemui oleh wartawan dalam sebuah majlis pelancaran telefon pintar semalam, Mira menyatakan yang dia sebenarnya sangat kesal dengan tindakan remaja tersebut, malah trauma apabila memikirkan tentang video yang tidak berhati perut itu.

Jujurnya takut tengok…saya tak mahu terlibat dengan hal negatif ini

Terdahulu, panggilan tersebut menjadi tular selepas pelakon ‘Pujaan Hati Kanda’ ini menyebutnya secara spontan sewaktu berinteraksi dengan peminat menerusi aplikasi Instagram Live beberapa minggu yang lalu. Dia turut berharap agar remaja yang melakukannya mendapat hukuman yang setimpal dengan tindakan yang sudah dilakukannya.

Dia harus bertanggungjawab & perlu dibawa ke muka pengadilan

Sumber: Tonton Xtra

Apa Komen Anda?