Baby Yang Lahir Berkerak Didakwa Kulit Tak Cantik, Ini Respon ‘Padu’ Dr Imelda

Memastikan bayi dalam keadaan sempurna adalah perkara yang sangat mustahak sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan. Maka tidak hairanlah apabila bermacam petua dan pantang-larang diberikan oleh golongan yang lebih berpengalaman apabila sedang berbadan dua ataupun selepas fasa bersalin. Namun begitu, hakikatnya terdapat banyak info tidak tepat yang boleh memudaratkan si ibu atau bayi masing-masing.

BACA: [VIDEO] Fakta Kehamilan: Dr Imelda Dedah Air Ketuban Rupanya Air Kencing Janin

Gambar sekadar hiasan

Baby lahir dengan kulit berkerak tak cantik?

Advertisement

Antara stigma ‘mengarut’ masyarakat terdahulu adalah seseorang bayi itu dikatakan lahir dengan kulit tidak cantik apabila badannya masih diselaputi kerak berwarna putih. Malah ada juga pihak berpendapat bahawa menelan minyak kelapa dara boleh mengatasi masalah berikut sekali gus mendakwa bayi yang lahir akan keluar dalam keadaan bersih sahaja. Terpanggil dengan isu tersebut, Dr Imelda Balchin tampil untuk membongkar hakikat mitos-mitos berkenaan.

Gambar sekadar hiasan

Lapisan putih ini adalah krim kulit semulajadi terbaik di dunia

Advertisement

Jelas Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (O&G) dari PPUM ini, lapisan putih tersebut dikenali sebagai vernix caseosa‘ atau ‘vernix’. Terhasil daripada kelenjar sebaceous gland dalam kulit bayi sendiri, kerak tersebut sebenarnya terdiri daripada 80% air, 10% protein dan 10% lemak. Hal itu sekali gus menjadikannya sebagai krim kulit semulajadi terbaik di dunia. Malah pada 3 bulan terakhir kehamilan, vernix melindungi janin dengan kesemua manfaat tersebut.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Biarkan saja & tak perlu mandikan terlalu awal..

Menerusi semua penjelasan itu, hos rancangan ‘Tanya Dr Imelda’ ini menasihati semua ibu bapa di luar sana agar membiarkan saja lapisan atas kulit bayi itu dan jangan tergesa-gesa untuk membersihkannya. Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya berkata buruk tentang ciptaan Tuhan. Sebaliknya, pelajarilah ilmu yang lebih bermanfaat daripada mempercayai dakwaan yang tiada asas.

Advertisement

Sumber: FB Imelda Balchin

Advertisement

Apa Komen Anda?