“Baca Berita Ke Berdebat Tu?”- Gelagat Sherry Jadi Penyampai Berita Undang Tawa

Saban hari, kita sering dihidangkan dengan paparan berita utama atau hangat yang berlaku baik di peringkat tempatan mahupun dalam antarabangsa. Akan tetapi, hakikatnya ada banyak lagi isu yang perlu diberikan perhatian atau kisah yang menginspirasikan dalam kalangan komuniti yang jarang dapat diketengahkan ke platform tersebut. Namun kini, kisah-kisah seperti itu boleh dikongsikan oleh masyarakat menerusi segmen Komuniti AWANI yang bersiaran setiap minggu.

BACA: [VIDEO] Nampak Macam Penyampai Berita Profesional, DS Siti Nurhaliza Dipuji

Malah uniknya platform ini dengan rancangan berita yang lain adalah kesemua berita terbabit akan disampaikan oleh barisan selebriti ternama tanah air. Menerusi paparan video terbaru yang dimuatnaik ke laman Instagram miliknya baru-baru ini, pengacara dan pelakon Sherry AlHadad nyata tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman beraksi di bilik berita itu.

Advertisement

Menerusi rakaman tersebut, hos rancangan Big Stage ini nampaknya bukan sahaja dapat menyampaikan berita dengan nada dan intonasi yang sangat baik. Hal ini kerana, dia juga memberi penekanan kepada setiap ayat yang disebut menerusi beberapa pergerakan tangan sepanjang melakukan tempoh shooting terbabit.

Advertisement
View this post on Instagram

Kalau saya baca berita awak nak tengok tak? #komunitiawani

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Advertisement

Baca berita ke berdebat? Cover untuk bahasa isyarat sekali ke tu..

Gara-gara aksi tangannya yang ‘tak duduk diam’ sambil mengulas topik seni kaligrafi khat, video tersebut nyata telah mengundang banyak reaksi daripada pengikutnya di ruangan komen. Walaupun ada yang menyatakan agak keliru dengan aksi yang dipamerkan itu, rata-rata mereka turut menyifatkan gelagat Sherry AlHadad membaca berita seakan-akan berada dalam pertandingan debat mahupun pidato.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG sherry_alhadad

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?