Cinta

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Sharing is caring!

Sama cantik sama padan. Begitulah keserasian antara selebriti Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak dan suami Muhammad Atiq Idris. Perkenalan yang bermula dalam sebuah majlis amal pada bulan Disember tahun lalu telah menyatukan dua insan berkenaan. Selebriti berusia 33 tahun ini bernikah dengan jejaka pilihannya seminggu selepas mereka melansungkan pertunangan. Manakala majlis repsesi  pula dijalankan pada malam hari yang sama.

BACA : Di Usia Perkahwinan Yang Ke-3, Sari Yanti Buat Pengumuman Mengejutkan


Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

 

 

Mengangkat warisan budaya Melayu

Majlis resepsi Tasha dan Atiq yang berlangsung di The Great Hall bertemakan ‘Melayu Tradisional’ ternyata sungguh meriah. Memilih busana tradisional menggunakan material songket keemasan memperlihatkan mereka seperti raja di zaman Melayu klasik. Majlis yang mengangkat warisan budaya Melayu itu turut dihadiri rakan artis sekali gus memeriahkan lagi acara pada malam tersebut.

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Jelita bak puteri

Walaupun solekan yang dikenakan Tasha tidak terlalu ‘berat’, namun masih terpancar kejelitaan di wajahnya. Penggunaan aksesori cucuk sanggul dan veil  ternyata menyempurnakan penampilan persis puteri Melayu klasik itu. 


Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Singgahsana indah dekorasi istana

Tidak cukup dengan tatarias pada raja dan permaisuri sehari, landskap pelamin mereka turut menjadi perhatian. Dari pintu masuk sehinggalah ke singgahsana utama, elemen istana raja Melayu nyata terserlah dengan perletakan lampu chandelier. Majlis yang diserikan dengan persembahan silat dan tarian tradisional seperti di istana raja selari dengan tema majlis yang diangkat.

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Sumber : Instagram Tasha Shilla


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Sharing is caring!