Family Viral

Bagi Baby Umur 6 Bulan Makan Mee Kari, Ibu Tahan Marah Hadap Perangai Pengasuh

Bagi Baby Umur 6 Bulan Makan Mee Kari, Ibu Tahan Marah Hadap Perangai Pengasuh

Pada masa kini, ramai ibu bapa dilihat semakin sibuk dengan tuntutan kerja dan menyebabkan mereka terpaksa menggunakan servis pengasuh agar anak-anak dijaga dalam keadaan selamat. Walau bagaimanapun, terdapat banyak isu yang melibatkan babysitter tidak bertanggungjawab sehingga membuatkan mereka hilang kepercayaan terhadap golongan berkenaan. Hal sama turut menimpa seorang ibu ini sehingga menguji kesabarannya sendiri.


BACA: Tertekan Rumah Tiada Air Bunyi Nangis, Pengasuh Tergamak Cubit Telinga Bayi

Dah bagi bekalan bersesuaian untuk anak…Babysitter nak juga makanan bentuk pepejal

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Cik Puan Murni, dia berkongsi kisah tentang sikap pengasuh anaknya semasa bertugas. Menurutnya, babysitter berkenaan bertindak menyuap ‘juadah berat’ berbentuk pepejal kepada anaknya meskipun dia sudah membekalkan makanan yang bersesuaian. Lebih malang lagi apabila bayi tersebut mengalami kesukaran untuk tidur malam akibat menelan makanan yang diberikan.

Bagi Baby Umur 6 Bulan Makan Mee Kari, Ibu Tahan Marah Hadap Perangai Pengasuh

Bagi Baby Umur 6 Bulan Makan Mee Kari, Ibu Tahan Marah Hadap Perangai Pengasuh
Gambar sekadar hiasan

Perangai pengasuh terbongkar selepas ternampak sedang elok ‘membongkang’

Di samping itu, wanita ini turut menceritakan perangai babysitter yang dianggap ‘lepas tangan’ kerana tidur ketika anak-anak asuhannya berada di dalam rumah. Perkara tersebut diketahui semasa dia menghantar bayinya menjelang waktu tengahari. Walau bagaimanapun, ibu berkenaan bertindak membawa pulang anaknya kerana risau terjadi sebarang perkara yang tidak diingini meskipun berasa kasihan melihat kanak-kanak lain dalam rumah tersebut.


Bagi Baby Umur 6 Bulan Makan Mee Kari, Ibu Tahan Marah Hadap Perangai Pengasuh

Rasa diri diperli oleh babysitter…Terus bawa balik anak sebab risau akan ‘bertekak’

Wanita itu turut berasa bengang apabila diperli pengasuh berkenaan kerana tidak menghantar anaknya selama 3 hari. Di samping itu, ibu tersebut terus membawa bayinya pulang kerana khuatir akan timbul perbalahan selepas babysitter mengatakan bahawa bayaran bulanan perlu dibuat meskipun mereka tidak datang ke rumah.


Bagi Baby Umur 6 Bulan Makan Mee Kari, Ibu Tahan Marah Hadap Perangai Pengasuh

Bagi Baby Umur 6 Bulan Makan Mee Kari, Ibu Tahan Marah Hadap Perangai Pengasuh
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber: Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bagi Baby Umur 6 Bulan Makan Mee Kari, Ibu Tahan Marah Hadap Perangai Pengasuh

Facebook

Telegram