Viral Artis Kehidupan

Bagi BFF Nombor Pin Kad ATM Minta Belikan Buku, Diam-Diam Withdraw Sampai RM20K

Bagi BFF Nombor Pin Kad ATM Minta Belikan Buku, Diam-Diam Withdraw Sampai RM20K

Sebaik mana pun kita dengan seseorang BFF, tidak semua mereka boleh dipercayai 100%. Persis kisah yang diceritakan kembali oleh penyanyi Ainan Tasneem, dia tidak dapat melupakan kenangan hitam dikhianati oleh rakan rapatnya sendiri ketika mereka menuntut pelajaran di sebuah universiti dahulu.

BACA : Awas Buang Merata Slip Baki ATM Bank, Lelaki Ini Dedah Risiko Yang Menanti

Sebab saya pilih dia adalah sebab dia adalah orang yang paling saya percaya

Mengakui kesilapannya sendiri, Ainan mengimbau detik bagaimana dia memberi kepercayaan menyerahkan kad ATM beserta nombor pin kepada sahabatnya bagi tujuan membeli buku penting. Oleh kerana ia berlaku pada saat akhir dan kebetulan sedang tidak sihat, artis berkenaan terpaksa meminta tolong kepada si ‘polan’. Lama kelamaan, dia mula merasa curiga kerana duitnya di dalam bank tidak bertambah. Walhal ketika itu, Ainan banyak menerima job menyanyi sehingga boleh meraih RM10,000 sebulan. Kad ATM miliknya juga sering lesap, namun dia cuma beranggapan dirinya cuai kerana tersalah letak.

@ainantasneem92

Pengajaran dia jangan terlalu percaya pada sesiapa pun okay!

♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊 – AINAN TASNEEM 🕊

@ainantasneem92

Reply to @pwincesspain ni dia! Tapi belum habis lagi. Panjang nau citenya sebab nak bagi memasing paham. Haha btw pengajaran kali ni parents jangan cakap benda negatif kat anak. Anak akan percaya bulat bulat benda tu. Tunggu part 3 nanti I post

♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊 – AINAN TASNEEM 🕊

Masa tu dah dapat syak, takkan la saya cuai sangat?

Begitu licik sekali, Ainan awalnya tidak syak apa-apa tambahan lagi apabila rakannya itu selalu belanja barang tertentu. Tanpa disedari, rupanya wang berkenaan adalah hasil pengeluaran daripada akaun bank Ainan sendiri. Sampailah satu hari, kecurigaannya semakin besar setelah 2 kad ATM gagal ditemui. Pemeriksaan dengan pihak bank mendapati berlaku transaksi pengeluaran di ATM kampus mereka. Hanya si polan sahaja mengetahui nombor pin Ainan, maka tiada orang lain lagi yang dihidu sebagai suspek.

@ainantasneem92

Reply to @nuraezzatie sorry korang cerita masih belum habis 😂🙏🏻 Part 4 bakal menyusul

♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊 – AINAN TASNEEM 🕊

Polis punya suara mula-mula lembut terus jadi tinggi tau…Lepas tu saya dengar dia mengaku

Berani bersumpah sambil memegang Al-Quran pun, si pelaku masih tidak mengakui kesalahan dan perilakunya nampak sungguh tenang. Akhirnya Ainan membuat laporan polis dan terserempak dengan rakannya di kawasan balai. Sampai ke tahap itu pun, individu terbabit masih berpura-pura tidak mengetahui apa-apa berkenaan penggunaan kad ATM Ainan selama 2 tahun berturut-turut. Setelah terbukti bersalah, bagaimanapun Ainan menarik semula laporan atas dasar simpati meskipun mengalami kerugian sekitar RM20,000.

@ainantasneem92

Reply to @ftsmsfa Dah boleh tido lena tak korang?

♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊 – AINAN TASNEEM 🕊

@ainantasneem92

Reply to @sisgigijarang6 korang jangan la buat andaian bukan bukan. Fitnah tu berdosa. Btw I rindu semua housemates I. Kalau ada antara korang yg tengok video ni, please reply bagi tarikh free untuk jumpa. Anak2 aku minta laki aku jaga haha.

♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊 – AINAN TASNEEM 🕊

Kredit : TikTok Ainan Tasneem

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bagi BFF Nombor Pin Kad ATM Minta Belikan Buku, Diam-Diam Withdraw Sampai RM20K

Facebook

Telegram