Bagi Nafkah Anak Cuma RM2, Ini Respon Peguam Buat Bapa Tak Bertanggungjawab

Nafkah adalah belanja atau sara hidup yang wajib dikeluarkan oleh seorang lelaki ke atas isteri dan anak-anak. Selain wang, nafkah juga termasuklah tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan serta perubatan setiap orang yang berada di bawah tanggungannya. Namun begitu, nafkah ini bukan sahaja tertakluk semasa hidup bersama, tetapi juga selepas berpisah dengan isteri. Malah perkara itu juga termasuk dalam kategori hak bekas isteri dan anak-anak terus dilindungi.

BACA: Suami Tetap Kena Bagi Nafkah Walau Isteri Dah Berduit? Ini Respon Ustaz

Namun begitu, zaman sekarang ini terdapat ramai golongan bapa yang culas atau enggan melunaskan tanggungjawab tersebut setelah berpisah dengan ibu anak-anaknya. Malah ada juga yang sanggup meletakkan kadar nafkah yang paling rendah seperti dalam posting  FB seorang peguam syariah bernama Puan Suriati baru-baru ini.

Sedih tengok cadangan jumlah nafkah…bagi anak makan RM2, cukup ke?

Sejak dimuatnaik pada 25 September yang lalu, status tersebut nyata menjadi perdebatan hangat ramai warga netizen. Meskipun rata-rata mereka membantah cadangan yang dikemukakan oleh pihak lelaki terbabit, namun tak kurangnya juga ada yang menyatakan jumlah itu mungkin bersesuaian dengan pekerjaannya. Gara-gara banyak persoalan yang diajukan, Puan Suriati sekali lagi tampil dalam posting terbarunya untuk menerangkan situasi si bapa itu.

Biasanya bapa tidak akan mengaku dia mampu..

Yang ada anak mesti tahu berapa jumlah cukup untuk makanan seharian..

Gambar sekadar hiasan

Dalam situasi ni bapa dah kahwin baru…tapi tanggungan lama jangan dipotong

Wujudnya isu nafkah sebab sikap bapa yang tak bertanggungjawab..

Sumber: FB Suriati Ab Ghani 0fficial

Apa Komen Anda?