Viral

[VIDEO] Surprise Telefon Baru, ‘Friendship’ Geng Lelaki Ini Wajar Dicemburui

[VIDEO] Surprise Telefon Baru, ‘Friendship’ Geng Lelaki Ini Wajar Dicemburui

Sharing is caring!

Selain keluarga, kawan juga merupakan insan paling rapat dalam kehidupan seseorang. Alangkah beruntungnya jika dikurniakan kawan yang baik dan sentiasa berada di sisi ketika waktu susah mahupun senang. Malah setiap individu juga mempunyai cara tersendiri yang dilakukan untuk menghargai kehadiran sesebuah persahabatan itu, seperti yang dilakukan oleh geng remaja ini.

BACA : [VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai


Alhamdulillah sama-sama kita kongsi..

Menerusi klip video yang tular di laman Twitter, Azri bersama beberapa rakan yang lain telah membuat kejutan dengan menghadiahkan telefon bimbit baharu kepada salah seorang sahabat. Mengenangkan hari lahirnya yang semakin hampir, kesemua mereka telah rancang membelinya dengan hasil kumpul duit masing-masing.

[VIDEO] Surprise Telefon Baru, ‘Friendship’ Geng Lelaki Ini Wajar Dicemburui

[VIDEO] Surprise Telefon Baru, ‘Friendship’ Geng Lelaki Ini Wajar Dicemburui

Doakan persahabatan kami berkekalan..

Dalam rakaman berdurasi kurang daripada seminit itu, remaja berkenaan dilihat begitu teruja saat membuka kotak tersebut. Malah riak mukanya juga sedikit berubah seakan-akan cuba menahan air mata. Lengkap dengan pelbagai aplikasi dan game menarik, dia juga dinasihatkan untuk menggunakan peranti mudah alih tersebut dengan sebaik mungkin.


  [VIDEO] Surprise Telefon Baru, ‘Friendship’ Geng Lelaki Ini Wajar Dicemburui

[VIDEO] Surprise Telefon Baru, ‘Friendship’ Geng Lelaki Ini Wajar Dicemburui

Tersenyum tengok friendship macam ni.. cemburu rasa

Dikongsi sejak semalam, posting tersebut telah meraih berjaya meraih 200 ribu tontonan selain dihujani banyak respon positif. Melihat sahaja reaksi rakannya yang cuba menahan sebak, rata-rata netizen turut tersentuh dengan kejutan tersebut. Tidak kurang juga yang mengakui cemburu dengan keakraban persahabatan mereka.

[VIDEO] Surprise Telefon Baru, ‘Friendship’ Geng Lelaki Ini Wajar Dicemburui [VIDEO] Surprise Telefon Baru, ‘Friendship’ Geng Lelaki Ini Wajar Dicemburui [VIDEO] Surprise Telefon Baru, ‘Friendship’ Geng Lelaki Ini Wajar Dicemburui

Sumber : Twitter azri_shaqim


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!