“Bagitau Allah Hantarlah Mamajee Balik, Seminit Pun Jadilah..” – Fatimah London

Pada tanggal 19 Mac lalu, kita telah dikejutkan dengan pemergian seorang chef selebriti bernama Adam Didam. Bukan sahaja para pengikut, malahan ahli keluarga terdekat pastinya merasa lebih sedih dengan pemergian tersebut. Salah seorang anak saudara yang paling rapat dengan Allahyarham Adam iaitu Fatimah London adalah yang paling terkesan. Bahkan sehingga kini, dia masih berjuang untuk membuang kesedihannya.

Baca : Walau Belum Matang, Penerimaan Mereka Bila Adam Pergi Tak Macam Budak Lain

Di Instagram The Family UK, sebuah foto Fatimah sedang berdoa di atas sejadah mula mengundang sebak ramai. Nampaknya anak kecil ini terlalu rindu pada Allahyarham Adam.

Minggu lepas, Fatimah mampu pergi sekolah 2 hari je. Hari Rabu dia nangis lagi. Sedih tengok keadaan dia. Awalnya dia diam, tapi air mata berjurai di muka.

Akhirnya dia cakap “Tolong telefon Auntie Love (Neelofa).. Saya nak dia tolong bagitau dekat Allah untuk hantar balik Mamajee, seminit pun jadilah. Saya cuma mahu, seminit dan saya akan pulangkan dia semula kepada Allah.

Sebak dengan keadaan Fatimah, Neelofa sempat memberikan respon di Twitter miliknya.

Oh Fatimah, luluh hati dengar. Mamajee ada di tempat yang lebih baik InsyaAllah. Simpan dia dalam doa awak, okey? Awak gadis yang kuat. Kita lalui ni sama-sama, InsyaAllah.

Tidak ketinggalan, netizen juga menyuarakan kesedihan dan berharap Fatimah lebih cekal.

Bila kata-kata ni keluar dari budak kecil, berat rindu yang ditanggungnya

Sabarlah Fatimah…Allah jaga Mamajee dengan baik di sana

Aunty doakan Fatimah kuat dan tabah

Sumber : Instagram The Family UK dan Twitter Neelofa

Apa Komen Anda?