Cinta Inspirasi

Bahagia Bertahan Puluhan Tahun, Tok Dedah Perangai Tok Wan Jadi Suami Mithali

Bahagia Bertahan Puluhan Tahun, Tok Dedah Perangai Tok Wan Jadi Suami Mithali

Kalau difikirkan semula, banyak perkara diamalkan orang dulu-dulu yang patut kita contohi dalam pelbagai aspek. Hatta dalam hal urusan rumah tangga sekalipun, rupanya golongan ‘veteran’ ini lebih pandai mengambil hati pasangannya sehingga mereka masih bahagia walaupun sudah berpuluh tahun bergelar suami isteri.


BACA: Tidak Ambil Hak Orang, Jawapan Tenang Shu Tauke Pasal Kahwin Raih Pujian

Rahsia perkahwinan bahagia Tok Wan…Tak pernah marah, tak pernah merungut

Satu video dimuat naik oleh @nanakims2021 menerusi akaun TikToknya tular beberapa bulan lalu selepas dia merakam Tok Wannya ketika khusyuk melipat kain. Menurut pemilik video berkenaan, neneknya pernah mendedahkan sikap suaminya yang tidak pernah marah ataupun merungut menjadi salah satu faktor kuat mengapan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke hari ini.


Bahagia Bertahan Puluhan Tahun, Tok Dedah Perangai Tok Wan Jadi Suami Mithali

Bagi Tok Wan kalau isteri membebel, isteri tu penat…Jangan marah balik tapi bagi isteri tenang dulu

Bukan itu sahaja, warga emas itu juga dikatakan tidak pernah merungut dalam segala hal. Baginya tatkala isteri sedang membebel, suami perlulah bertenang dan tidak terus memarahi pasangan mereka. Yakin pada ketika itu orang rumahnya penat dengan perkara lain, Tok Wan memillih untuk membiarkan Tok bertenang terlebih dahulu.


@nanakims2021

Sebuah cinta yg bahagia :’) #fypgaknih #fypシ #tiktokmalaysia🇲🇾

♬ original sound – musikstory_ – 𝙢𝙪𝙨𝙞𝙠𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮_

Macam Tok & Tok Wan saya sampai cucu pun rasa ‘bersemut’…Lawanya Tok Wan lipat kain, bucu ke bucu

Sejak dikongsikan Oktober lalu, video tersebut telah meraih 435 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi sikap pasangan atuk dan nenek mereka yang dianggap romantik. Dalam pada itu, mereka juga sempat memuji gaya lipatan kain Tok Wan yang amat kemas.

Bahagia Bertahan Puluhan Tahun, Tok Dedah Perangai Tok Wan Jadi Suami Mithali

Bahagia Bertahan Puluhan Tahun, Tok Dedah Perangai Tok Wan Jadi Suami Mithali

Bahagia Bertahan Puluhan Tahun, Tok Dedah Perangai Tok Wan Jadi Suami Mithali

Bahagia Bertahan Puluhan Tahun, Tok Dedah Perangai Tok Wan Jadi Suami Mithali

Kredit: TikTok nanakims2021

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bahagia Bertahan Puluhan Tahun, Tok Dedah Perangai Tok Wan Jadi Suami Mithali

Facebook

Telegram