Bahagia Kahwin Dah 2 Minggu, Imam Terkejut Bila Tahu Jantina Sebenar Isteri

Soal mendirikan rumah tangga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat dalam masa singkat. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum seseorang itu dikatakan sesuai untuk menjadi teman hidup. Misalnya aspek agama, sikap peribadi, ekonomi serta latar belakang keluarga. Tersilap buat pilihan, alamatnya perkahwinan itu mungkin boleh jadi perkara paling malang dalam hayat seseorang. Samalah seperti kejadian yang berlaku kepada seorang jejaka baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Excited Nak Dapat Baby Baru, Melompat Anaqi Tak Sabar Teka Jantina Adik

Imam terkejut isteri baru dinikahinya rupanya lelaki

Baru mendirikan rumah tangga kira-kira 2 minggu, seorang imam di Uganda terkejut selepas mendapati isterinya rupa-rupanya seorang lelaki. Menerusi laporan daripada portal India Today, jantina ‘wanita’ itu akhirnya terbongkar selepas pihak polis melakukan pemeriksaan badan terhadapnya. Terdahulu, individu berkenaan telah dicekup ekoran insiden kecurian sebuah set televisyen dan beberapa helai pakaian jirannya. 

Advertisement

Bagi alasan ‘datang bulan’

Apabila ditanya mengenai kehidupan sebagai suami isteri sepanjang tempoh berkenaan, lelaki bernama Mohammed Mutumba itu mengakui bahawa mereka tidak pernah melakukan sebarang hubungan kelamin setakat ini. Hal ini kerana si penyamar sering menggunakan alasan haid untuk mengelak daripada memenuhi keperluan batin suaminya. Selepas disoal siasat, suspek mengaku mengahwini imam tersebut gara-gara terdesak mahukan wang. 

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Dia terima lamaran saya

Menyorot kronologi, dia telah mengenali penyamar itu ketika berada di Kyampisi Mosque. Ketika itu, imam tersebut difahamkan sedang mencari seorang calon isteri. Tanpa disangka-sangka, pertemuan singkat itu telah menyatukan mereka berdua. Susulan pembongkaran itu, suspek bakal didakwa atas tuduhan penyamaran dan kecurian. Sementara itu, lelaki berkenaan pula telah digantung tugas sebagai imam buat sementara waktu.

Advertisement

Sumber: mStar, India Today & Astro Awani

Apa Komen Anda?