Bahana Minum Bubble Tea Segelas, Dah 5 Hari Masih Tersangkut Dalam Usus!

Hari ni boleh dilihat lambakan kedai minuman segera ditubuhkan dalam kebanyakkan pusat membeli-belah di seluruh Malaysia dan semakin menjadi kegemaran ramai. Apa yang lebih digemari mereka adalah sejenis jeli hitam atau dinamakan sebagai pearl  yang disajikan dalam air-air tersebut. Bila diminum bersama teh susu atau teh berperisa matcha, ia menghasilkan satu gabungan rasa yang sangat enak bagi penggemar air-air manis. 

BACA: Ngam-Ngam Kami Sampai Tempat Peniaga Jual Air Tu, Tiba-Tiba.. Allahuakbar!

Gambar sekadar hiasan

Namun, sebuah kejadian yang berlaku di negara China terhadap seorang remaja perempuan telah melaporkan berita yang kurang enak bagi penggemar minuman pearl tea ini.

Xray menunjukkan beratus bubble tea pearls yang tak dihadam 

Pearl bersifat seperti gam yg melekat.. akhirnya menyebabkan usus tersumbat

Ketulan memenuhi keseluruhan ruang antara perut

Sebelum ke hospitaI, remaja ini telah mengadu mengalami rasa kurang enak yang keterlaluan di bahagian perutnya sehingga menyebabkan dia berasa sembelit dan hilang selera makan dalam tempoh yang lama. Tidak betah dengan keadaan anaknya, ibu bapa gadis ini telah membawanya berjumpa doktor dan keputusan x-ray telah menjawab segalanya. 

Dia beritahu ada minum segelas bubble tea 5 hari sebelum

Kesimpulan.. masalah berpunca dari butiran tapioca pearls

Sumber: FB Semakan Online, Today Online

Apa Komen Anda?