Semalam kecoh apabila ada dakwaan mengatakan ternampak kelibat pelakon cantik Puteri Sarah Liyana yang telah berkunjung ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Isteri kepada penerbit dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu dikatakan telah hadir dengan ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya.
BACA: Ni Baru Kena Nama Sumayyah.. Bukan Photoshoot Baby Tak Pakai Baju Bagai Tu
Puteri Sarah dilihat berkunjung ke bahagian undang-undang keluarga di pejabat agama
Kedatangan ibu kepada dua orang anak itu menjadi tumpuan apabila dilihat memasuki bahagian undang-undang keluarga namun masih tidak dikatahui tujuan sebenarnya. Menerusi laporan mStar, bapa mertua wanita itu iaitu Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut perihal rumah tangga anaknya itu.
Yusof Haslam harap kemelut anak dan menantu dapat selesai dengan baik
Pengarah filem terkenal tersebut hanya mampu berharap agar segala masalah kedua-duanya dapat diselesaikan secara baik. Ulasnya lagi, dia tidak tahu menahu perihal peribadi mereka. Namun beliau sempat mendedahkan bahawa anak lelaki serta menantunya sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersama mereka sejak dua tahun lalu.
Sudah tidak ada gambar bersama dan tak ikut akaun suami di Instagram
Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, Puteri Sarah sudah tidak mengikuti akaun suaminya di Instagram. Syamsul pula dilihat terakhir kali memuat naik gambar anak serta isterinya pada Mei lalu. Kedua-dua suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan telah dikurniakan dua orang zuriat yang sungguh comel.
Sumber: Facebook mStar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura