Minggu lalu, majlis perkahwinan seorang TikTokers terkenal iaitu Mia Azahar sempat menarik perhatian ramai. Walaupun bukanlah diadakan secara super mewah, namun baju pengantin perempuan yang bertemakan ala-ala patung Barbie telah dipuji oleh ramai orang.
BACA : Anting-Anting Besaq Planet Pakai Sendiqiii-Che Ta Mengalah Ecah Power Melaram
Pengantin perempuan tampak cantik dengan gaun kembang ala Barbie
Dengan rupa mempelai yang sememangnya berkulit putih dan cantik, ia semakin menaikkan lagi keanggunan gaun kembang berona purple tersebut. Namun tatkala ramai yang memberikan pujian, siapa sangka ada juga netizen menyuarakan pertikaian dengan tak semena-mena.
@faramedyna Kakakku @Kak Dino 🦖 ❤️
@miaazahar Thank you everyone for all the lovely wishes ❤️ and big thanks to my family & friends for being very helpful ❤️🥺 love you all ! #miaxpojie
Kalau tak benda baik nak cakap, baik diam je…Orang puji saya pun jadi isu
Seorang wanita selamba memuat naik keluhannya mengenai wedding Mia yang dirasakan ‘tidak kena’. Bukan sahaja mengkritik kekurangan tema Barbie tersebut, malahan dia berkata gaun yang dipakai oleh pengantin nampak kurang sesuai. Menyedari komen buruk sebegitu, Mia bagaimanapun tidak mengambil peduli dan sangat berpuas hati dengan hasil busana yang ditempah untuk hari bahagianya.
Kalau nak panggil monyet mai menari depan pun, bukan guna duit you
Dalam masa sama, seorang lagi gadis lain di TikTok tampil menyuarakan pendapatnya terhadap sikap si penyibuk yang tiba-tiba menjadi ‘tukang kritik tak berbayar’. Kata Tiya Kamal, majlis itu dirancang oleh pengantin mengikut plan dan kos mereka sendiri. Justeru itu sebagai orang luar, usahlah tiba-tiba memberikan pandangan buruk sedemikian rupa yang dikhuatiri mengguris hati tuan badan.
@tiyakamal2 I doa kan pasangan yg dia maksud kan ni , bahagia dunia akhirat and mimta kita semua dijauhkan dari manusia mcm kakak ni ❤️#fypシ #foryoupage #tiktok
Kredit : TikTok Tiya Kamal, Faramedyna, IG Mia Azahar
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
