Menjadi isu sensasi beberapa hari ini berkaitan isu rumah tangga Azri Iskandar yang sedang bergolak sehingga berpisah dengan isterinya, Ellie Suriaty. Malah lebih hangat lagi apabila belum genap sebulan, selebriti itu mengesahkan bakal berumah tangga dengan seorang penulis skrip bernama Dr Azra Diera. Namun tular pula hari ini seorang wanita tampil mendakwa sebagai bekas teman wanita kepada pelakon terkenal berkenaan.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Jadi rapat semula selepas dua hari Azri berpisah dengan Ellie
Menerusi YouTube mStar, wanita yang dikenali sebagai F tersebut mendedahkan mereka bertukar rapat selepas dua hari pelakon itu berpisah dengan isterinya. Kedua-duanya saling bertanya khabar sehinggakan mula bertemu. Namun, F ragu-ragu untuk berjumpa kerana baru sahaja seminggu artis itu mengalami keruntuhan rumah tangga selain akan menimbulkan buah mulut masyarakat setempat.
Apabila jumpa tu tiba-tiba dia ajak nikah dan jumpa keluarganya di kampung
Menerusi temubual tersebut, wanita berkenaan menjelaskan bahawa pelakon itu mengajaknya untuk pulang ke kampung bagi tujuan menziarahi kubur ibunya. Namun akhirnya dia dibawa berjumpa dengan seluruh ahli keluarga selebriti tanah air tersebut. Jelas F lagi, dia turut berasa pelik apabila tiba-tiba diajak kahwin kerana perpisahan pasangan artis berkenaan masih baharu lagi.
Perubahan tu ada…Lepas balik kampung komunikasi kami berkurang
Perubahan yang ketara dapat dilihat dari segi komunikasi mereka berdua setelah personaliti TV itu rapat dengan Dr Azra serta mendakwa bakal mendirikan rumah tangga. Disebabkan isu yang tular, wanita tersebut menganggap itu adalah jodoh mereka walaupun sedikit terkilan terhadap perbuatan lelaki berkenaan. Menurutnya lagi, dia juga berfikiran rasional kerana tidak bersedia untuk menerima kecaman dan dikaitkan sebagai perosak rumah tangga orang.
Kredit: Portal dan Facebook mStar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
