Viral Family

Bakal Mentua Sanggup Buat Birthday Surprise, Gadis Gugur Air Mata Rasa Dihargai

Bakal Mentua Sanggup Buat Birthday Surprise, Gadis Gugur Air Mata Rasa Dihargai

Sharing is caring!

Saban tahun, ketibaan hari jadi adalah waktu yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap individu. Bukan itu sahaja, pasti mereka turut teruja untuk meraikan moment tersebut dengan insan yang tersayang. Walau bagaimanapun, jarang sekali kita melihat sambutan ini dilakukan bersama-sama bakal mentua melainkan family sendiri sahaja yang sering berbuat begitu.


BACA: Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu

Terima suprise birthday daripada bakal keluarga mentua…Tidak dapat kek tapi digantikan dengan juadah lain

Pemilik akaun TikTok iaitu Diah Lestari berkongsi detik-detik manis ketika dia menerima kejutan hari jadi daripada bakal ibu mentuanya. Bagi memeriahkan suasana, mereka yang berada di situ turut menyanyikan lagu ‘Happy Birthday‘ buat gadis tersebut. Berbanding kek yang selalu diberikan pada sambutan hari jadi biasa, si ibu tadi telah membawakan sejenis juadah istimewa dalam pinggan buat bakal menantunya itu.


@diah080897

Trimakasih bnyak 💕💕 bahagia x smpk trharu nangs bahagia krna d ksh kejtan sma calon mertua yg uwuu dn sygku💕💕#viral #fypシ

♬ original sound – user7473085564746 – user7473085564746

Siapa yang letak ‘bawang’ dekat sini…Rezeki betul sebab baru calon saja tapi dah sayang sangat

Meskipun masih bergelar sebagai ‘orang luar’, tetapi gadis berkenaan seolah-olah berasa dirinya dihargai. Bukan itu sahaja, dia turut sebak selepas didakap oleh bakal ibu mentuanya. Mendapat lebih daripada 100 ribu jumlah tontonan, rata-rata netizen turut terharu menyaksikan peristiwa itu. Tidak ketinggalan juga mereka mengatakan bahawa Diah Lestari sangat beruntung kerana memiliki bakal mentua yang sangat baik hati.


Bakal Mentua Sanggup Buat Birthday Surprise, Gadis Gugur Air Mata Rasa Dihargai

Bakal Mentua Sanggup Buat Birthday Surprise, Gadis Gugur Air Mata Rasa Dihargai

Bakal Mentua Sanggup Buat Birthday Surprise, Gadis Gugur Air Mata Rasa Dihargai

 

 

Sumber: TikTok Diah Lestari

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes