Selain bakat menyanyi, sebenarnya luck juga antara aspek penting yang menentukan turun naik populariti anak seni dalam dunia muzik. Yang sudah terkenal tidak selamanya berada di atas. Yang kurang laku juga tidak selamanya berada di bawah. Itulah kata yang sesuai menggambarkan perjuangan Juara AJL37 iaitu Aina Abdul.
BACA :Â Penonton Di Rumah Tak Nampak, Di Sebalik Tabir Naim Dinaikkan Secara Terbalik
Perjuangan Aina Abdul sebelum popular seperti sekarang bukan mudah
Walaupun ramai saingan hebat dijangka menang malam tadi, Aina mencipta sejarah apabila berjaya mengalahkan mereka semua. Tampil dengan busana putih menawan seakan-akan ikan laga yang cantik, vokalnya benar-benar lunak sehingga memukau penonton dan panel penilai. Di sebalik kejayaan, sudah tentu apa yang diraih sekarang melalui satu perjalanan panjang.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Kawan-kawan dah jauh ke depan, tapi Aina sambung masuk belajar balik…It’s about luck
Di bawah bimbingan Ratu Rock, Ella, Aina dinobat sebagai Naib Juara Mentor Lagend 2014 dahulu. Malang sekali, bakat besarnya kurang mendapat perhatian di samping peluang cuma menyanyi di kafe-kafe kecil sahaja. Gembira melihat rakan-rakan lain sudah menapak lebih jauh, ada masanya dia merasa agak ketinggalan kerana masih berada di zon yang sama.
Selain Siti, tak pernah lagi rasa puas dengar vokal penyanyi perempuan live
Selepas 5 tahun berusaha keras, siapa sangka kini Aina meraih pelbagai kejayaan besar sekali gus membuat namanya lebih dikenali. Suaranya sekarang juga mempunyai peningkatan yang sangat baik berbanding dahulu.
Melihat persembahan yang cukup hebat di AJL malam tadi, ramai netizen bersetuju sandaran Juara memang selayaknya dibolot oleh bekas pelajar jurusan muzik ini.
Bukan sekadar menyanyi, bahkan peminatnya mengagumi Aina kerana dia juga berkemampuan menghasilkan lagu dan karya sendiri sehingga diterima ramai.
Kredit : Twitter Pop Crave Asia & YouTube mStar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura