Artis

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Meskipun setiap tahun ada stesen televisyen yang menerbitkan rancangan pencarian bakat baru atau pertandingan komedi, namun kualiti pelawak zaman kini nampaknya masih berada pada tahap ‘biasa-biasa’. Tidak seperti nama besar Senario yang berjaya mencipta fenomena luar biasa suatu ketika dahulu, segelintir pelapis baru terkadang dilihat kerap mengangkat sentimen komedi sama dan tiada originality tersendiri.

BACA : Tiada Pelapis Setaraf Pelawak Lama, Ajak Puji Namie Mana Nyorok Selama Ni

Kalau korang buat lawak meniru, sampai berapa lama? Kena kenal pasti apa itu pelawak, pelakon komedi, badut, loyar buruk

Sebelum ini bersama temubual portal mStar, Saiful Apek sendiri pernah menyuarakan pendapatnya mengenai pelawak yang suka menghasilkan lawak-lawak tiru watak (impersonator). Bukanlah tidak boleh, namun tema sebegitu sepertinya hanya sesuai dipersembahkan dalam majlis private sahaja dan bukannya di kaca televisyen. Objektif atau standard sesebuah format TV bukanlah mahu mencari siapa yang paling hebat meniru karakter, sebaliknya diharapkan ada idea-idea fresh dihasilkan untuk santapan hiburan penonton.

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Tak perlu dah nak tiru itulah, nak membahan inilah…Terpulang pada kesungguhan…Ni bukan kerja main-main

Bukan saja tiru watak, bahkan pelawak lagenda ini menyifatkan pembawa legasi dunia komedi sekarang seakan-akan ‘terperangkap’ dan terlalu hendak mengikut trend. Tanpa disedari, faktor itu membuatkan mereka kurang mahir dalam menjana idea baru yang sepatutnya boleh menjadi signature atau identiti selaku comedian. Walhal pada zaman sekarang, begitu banyak rujukan yang boleh dibuat untuk memperbaiki mutu lawak masing-masing.

Senario dah berpuluh tahun, kalau tengok masih gelak…Kalau program lawak sekarang, 3-4 kali dah jemu

Mendengar pandangan bernas Saiful Apek, ramai netizen bersetuju selain mula membandingkan kualiti jenis lawak zaman sekarang vs dulu. Bagi mereka selain meniru watak, idea komedi berkaitan body shaming juga salah satu isu yang perlu dielakkan.

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Kredit : FB mStar

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Balik-Balik Buat Lawak Tiru Orang, Teguran Saiful Apek Buat Legasi Pelawak Baru

Facebook

Telegram