Mistik Viral

Banglo Pantai Batu Buruk, Wanita Ketakutan Kepala Misteri Jengah Tingkap

Banglo Pantai Batu Buruk, Wanita Ketakutan Kepala Misteri Jengah Tingkap

Sharing is caring!

Indah khabar daripada rupa, begitulah gambaran bagi sesetengah tempat penginapan bagi mereka yang ingin bercuti. Lebih menakutkan lagi adalah apabila tempat tersebut mempunyai penghuni yang boleh membuatkan bulu roma meremang seperti yang dialami oleh rakan kepada wanita ini ketika berada di Pantai Batu Buruk, Terengganu.

BACA: Suka Buat Video Masa Drive, Kecut Perut Terakam ‘Benda’ Nak Melompat Tepi Jalan


Nampak kain putih terbang di sebelah

Kisah seriau ini bermula apabila wanita yang hanya dikenali sebagai Nor terlihat seakan ada kain sedang terbang mengekori belakang bas. Terkejut dengan penampakan itu, Nor memandang ke hadapan sebelum bertambah takut kerana melihat kain putih tadi terbang pula di sebelahnya. Apabila tiba di banglo penginapan mereka, wanita berkenaan ditempatkan dalam bilik yang sama bersama salah seorang rakannya bernama Kak Imah.

Banglo Pantai Batu Buruk, Wanita Ketakutan Kepala Misteri Jengah Tingkap

Banglo Pantai Batu Buruk, Wanita Ketakutan Kepala Misteri Jengah Tingkap

Ada kepala perempuan menjengah tingkap dapur

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, Nor dikejutkan oleh Kak Imah untuk menemaninya turun ke dapur kerana berasa dahaga. Apabila tiba di dapur, mereka tetap memberanikan diri memasuki ruang berkenaan walaupun ternampak satu kelibat melintas laju di hadapan mereka. Kedua-dua mereka berlari ke ruang tamu sebelum melihat seperti kepala wanita berwajah cantik tetapi pucat menjengah di tingkap dapur.


Banglo Pantai Batu Buruk, Wanita Ketakutan Kepala Misteri Jengah Tingkap

Banglo Pantai Batu Buruk, Wanita Ketakutan Kepala Misteri Jengah Tingkap

Banglo Pantai Batu Buruk, Wanita Ketakutan Kepala Misteri Jengah Tingkap
Gambar Sekadar Hiasan

Malam kedua, ada yang kena rasuk sampai panjat dinding

Keesokannya, barulah mereka perasan bahawa keadaan bahagian luar banglo berkenaan nampak begitu menyeramkan. Pada malam kedua pula, kejadian yang lebih dahsyat pula berlaku apabila salah seorang daripada kumpulan Nor kerasukan sehingga memanjat dinding. Akan tetapi, keadaan menakutkan itu dapat ditangani sebelum melarat.

Banglo Pantai Batu Buruk, Wanita Ketakutan Kepala Misteri Jengah Tingkap

Banglo Pantai Batu Buruk, Wanita Ketakutan Kepala Misteri Jengah Tingkap
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Kelab Cerita Hantu Malaysia (Zaini II)


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!