Bantu Kembangkan Skil Anak, Wanita Ini Kongsi Tips Penyediaan ‘Finger Food’

Dalam proses tumbesaran bayi, adalah sangat penting untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan segar. Khususnya apabila anak sudah menginjak usia 6 bulan ke atas, para ibu pasti teruja untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis makanan buat si kecil mereka. Baru-baru ini, seorang pakar pemakanan telah berkongsi mengenai tips penyediaan finger food yang mungkin boleh dijadikan panduan berguna terutamanya kepada para ibu baru. 

BACA: Mengapa Letak Minyak Dalam Makanan Bayi? Ikuti Tips Sihat Untuk Si Comel

Gambar sekadar hiasan

Penting untuk kembangkan skil anak

Advertisement

Menerusi posting oleh saudari Nur Hafizah M Sobri di laman Facebook, dia ada berkongsi mengenai cara penyediaan makanan bayi ini dengan cara yang selamat. Finger food digalakkan untuk diberi pada bayi bermula usia 8 bulan. Menurutnya, perkara ini adalah berhubung kait dengan istilah ‘baby led weaning‘ di mana ia merupakan teknik pemakanan bayi memegang makanan sendiri tanpa bantuan ibu. Dia turut menyenaraikan beberapa kepentingan finger food yang nyatanya menyumbang kesan positif terhadap perkembangan skil anak. 

Gambar sekadar hiasan

Tidak boleh sewenang-wenangnya bagi 

Advertisement

Memandangkan keupayaan bayi tidak sama seperti orang dewasa, wanita ini memberi peringatan buat para ibu supaya jangan sewenang-wenangnya beri makanan yang tidak sesuai kepada anak. Oleh itu, dia telah bercerita dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri finger food yang terbaik untuk bayi. 

Gambar sekadar hiasan

Sentiasa pantau elak anak tercekik

Advertisement

Pemberian makanan tersebut haruslah dididik secara berperingkat serta perlu sentiasa memerhatikan keadaan anak supaya tidak tercekik. Di penghujungnya, wanita ini sempat berpesan supaya tidak mudah panik jika anak menolak keluar makanan yang diberi. Jika anak menunjukkan tanda-tanda serius, barulah ibu segera mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Nur Hafizah M Sobri

Advertisement

Apa Komen Anda?