Bapa Diuji Pemergian Bayi 9 Bulan, Caj Pengurusan Pula Melambung Tinggi

Bagi yang sudah berkhawin, mendapatkan zuriat adalah salah satu impian terbesar buat mereka. Bahkan tidak lekang dek senyuman di bibir tatkala mengetahui zuriat kecil telah menghuni rahim si ibu. Namun begitu, kegembiraan yang dirasai tidak kekal lama apabila diuji dengan kehilangan insan istimewa ini. Kisah meruntun hati ini, turut dikongsi oleh seorang individu bernama Wan Cai di laman Facebooknya.

BACA : Gadis Kongsi Pengalaman Hitam, Boyfriend Sering Naik Tangan Sampai Berbekas

Due date patutnya 5 Februari, tapi Tuhan lebih sayangkannya

Menerusi posting tersebut, dia berkongsi kisah yang menimpa ke atas seorang lelaki warga asing dikenali sebagai Zulkarnain apabila diuji dengan kehilangan bayi keduanya ketika usia kandungan 9 bulan. Kata bapa itu, kehilangan cahaya matanya ini bukan kali pertama kerana dia pernah diuji dengan pemergian anak sulungnya selepas si isteri mengalami  keguguran.

Advertisement

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

RM1,500 ni boleh pergi haji balik hari

Lebih pilu lagi keluarga ini turut mengalami masalah kewangan bagi menguruskan bayi lelaki mereka, si bapa kemudiaannya cuba mencari pihak yang sudi membantu. Namun hampa apabila caj yang dikenakan agak tinggi iaitu sekitar RM1500 bagi menampung kos pengurusan bayi kecil itu. Malah keadaan itu membuatkan lelaki berkenaan jadi bingung memandangkan wang simpanannya sudah digunakan untuk membiayai rawatan si isteri.

Advertisement

Itu kan fardhu kifayah, kenapa dibebankan caj sampai begitu?

Dalam pada itu, Wan Cai bagaimanapun meluahkan rasa kesal di atas layanan yang diberikan oleh individu terbabit sehingga sanggup membebankan lelaki tersebut hanya kerana dia bukan warganegara. Tegas Wan Cai, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat kini kerana telah menjadi tuntutan untuk bantu meringankan beban sesama saudara Islam.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Wan Cai Official

Apa Komen Anda?