Bapa Hero Drama Melayu, Remy Ishak Pulang Ke Rahmatullah Awal Pagi Tadi

Pelakon terkenal yang sudah tidak asing lagi dengan setiap watak ‘macho’ dibawakan, Remy Ishak atau nama penuhnya Mohammad Zalimei bin Ishak jarang sekali berkongsi perihal peribadi bersama umum. Artis berusia 37 tahun itu lebih selesa untuk dikenali dengan hasil kerjanya berbanding hal-hal keluarga. Namun, terbaru pelakon lelaki itu mengumumkan ayahnya telah pun kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. 

BACA: Tertunai Juga Hajat, Remy Ishak Sedekahkan Lembu Ke Kemboja Sempena Aidiladha

Sahkan ayahnya pergi awal pagi tadi

Advertisement

Berita tersebut telah dikongsi sendiri melalui akaun media sosial miliknya dengan memuat naik foto si ayah, Ishak bin Idris sewaktu sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan. Pemuda tersebut yang tidak memaklumkan punca pemergian lelaki itu meminta para peminat untuk menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Pernah berenggang, lepas kedua orang tuanya berpisah

Advertisement

Remy sebelum ini pernah mendedahkan dirinya berenggang dengan bapanya itu dalam jangka masa yang agak lama. Ia berikutan kedua orang tuanya yang berpisah sejak dia berumur 13 tahun lagi. Malah sejak perpisahan tersebut berlaku, pelakon lelaki itu mengakui tidak pernah lagi berhubung dengannya. Walau bagaimanapun, penampilannya menerusi filem ‘Pulang’ telah berjaya menjentik hatinya untuk memperbaiki kembali hubungan bersama si ayah. 

Salam takziah. Semoga dicucuri rahmat

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, rakan-rakan artis dilihat tinggalkan ucapan takziah dan juga doa kepada pelakon terbabit atas pemergian ayahanda tercinta. Para peminat turut tidak ketinggalan menitipkan doa semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

Sumber: Instagram Remy Ishak 

Advertisement

Apa Komen Anda?