Viral Family

Baring Sebelah-Sebelah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dedah Jantina Anak Kembar

Baring Sebelah-Sebelah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dedah Jantina Anak Kembar

Terkenal bukan sahaja sebagai angkasawan pertama Malaysia, tetapi Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Syukor juga merupakan suami prihatin dan figura bapa penyayang kepada anak-anaknya. Sekitar pertengahan Jun lalu, beliau telah mengumumkan kehamilan isterinya iaitu Datin Dr. Halina Mohd Yunos dan bakal menimang cahaya mata kembar sekali lagi.

BACA: Penat Hadap Dugaan Perkahwinan, Helmi & Sofi Teruja Bakal Timang Cahaya Mata

Baring Sebelah-Sebelah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dedah Jantina Anak Kembar


Bakal dapat perempuan dan lelaki, twins tu nampak macam tengah baring sebelah-sebelah pula

Menerusi entri terbaru di Instagram miliknya sebentar tadi, beliau mendedahkan jantina anak kembarnya iaitu lelaki dan perempuan. Datuk Dr. Sheikh Muszapahar mengakui berasa teruja apabila mengetahui berita gembira berkenaan sekali gus memohon orang ramai supaya mendoakan isterinya yang kini sedang hamil 22 minggu. Selain itu, beliau juga sempat menunjukkan posisi anak kembarnya yang seakan-akan sedang berbaring bersebelahan antara satu sama lain.

Seronoknya dapat twins lagi sepasang… nampaknya misi ada 10 orang anak mungkin akan tercapai

Berita gembira itu turut mendapat perhatian daripada selebriti seperti Fizo Omar dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Selain itu, para netizen juga menitipkan doa dan mengucapkan tahniah kepada pakar perubatan berkenaan. Mereka juga sempat berseloroh bahawa mungkin impian Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memiliki 10 orang anak mungkin boleh tercapai jua suatu hari nanti.

Baring Sebelah-Sebelah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dedah Jantina Anak Kembar


Baring Sebelah-Sebelah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dedah Jantina Anak Kembar

Baring Sebelah-Sebelah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dedah Jantina Anak Kembar

Baring Sebelah-Sebelah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dedah Jantina Anak Kembar


Sumber: IG Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Baring Sebelah-Sebelah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dedah Jantina Anak Kembar

Facebook

Telegram