Viral

Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada

Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada

Sharing is caring!

Setelah 3 bulan tak beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini bermulalah sesi persekolahan membabitkan pelajar Tingkatan 5 dan 6 di seluruh negara. Namun siapa sangka mood gembira ‘kembali ke sekolah’ seorang pelajar perempuan ini telah bertukar pilu apabila menerima panggilan mengejutkan tentang ayah tercinta.

BACA : “Kami Rindu Hang..” – Ajal Dalam Nahas Jalan Raya, Rakan Kenang Masa Bersama


Baru belajar 10 minit, tahu-tahu abah dah tak ada..

‘Bagai hilang separuh nyawa’, demikianlah gambaran yang paling sesuai terhadap situasi dialami oleh pengguna Twitter bernama Naddy ini saat menerima perkhabaran duka bahawa bapanya telah menghembuskan nafas terakhir. Sewaktu mahu memulakan hari pertama pembelajaran sekitar pagi tadi, dia telah didatangi pengawal keselamatan dan diminta untuk berjumpa dengan ibunya.

Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada

Alhamdulillah, muka abah senyum je..

Meskipun bersedih dengan pemergian yang tak disangka-sangka tersebut, namun Naddy tetap reda dengan takdir itu. Dalam pada itu, pelajar berusia 17 tahun ini turut menyifatkan semua urusan ayahnya dilancarkan oleh Allah S.W.T. Malah dia juga menitipkan rasa syukur kerana berpeluang melihat wajah insan yang membesarkannya untuk kali yang terakhir.


Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada

Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada

Kuatnya awak dik.. Moga urusan abah sentiasa dipermudahkan

Posting menyayat hati berkenaan berjaya meraih lebih 10 ribu retweets selain dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka turut bersimpati dengan kehilangan insan tersebut. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat agar dia dan ahli keluarga terus kuat menghadapi dugaan ini.

Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada Baru 10 Minit Masuk Sekolah, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Dah Tiada

Sumber : Twitter naddyreyh  


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!