Baru 25 Tahun & Masih Single, Gadis Ini Naik Angin Apabila Digelar ‘Andartu’!

Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan Allah. Tidak kira cepat mahupun lambat, semuanya berlaku dengan sebab dan hikmah tertentu. Seperti yang berlaku pada gadis berumur 25 tahun bernama Anis ini, dia juga masih belum merancang untuk berkahwin, Namun begitu, ada pula rakan yang menggelar dirinya sebagai ‘andartu’. Perkara itu mula dikongsikan ke Twitter dan mendapat hampir 7,000 retweets setakat ini.

Baca : Konon Jadi Orang Tengah, Lelaki Kesal Teman Wanita Disailang  Kawan Sendiri!

Gambar sekadar hiasan

Sedihnya hari ni kena gelar ‘andartu’ hanya sebab dah 25 tapi masih tak kahwin. Lepas tu senang je cakap bergurau. Konon nak ambil berat. Jagalah mulut. Kau tak tahu apa yang orang alami.

Semuanya bermula rakan Anis menitipkan pesanan yang menyakitkah hati soal jodoh.

Doktor pun tak memilih sangat dalam soal jodoh ni. Doalah pada Allah. Nanti dia mesti bagi seseorang. Sekarang ni bukan masa nak memilih.

 

Geram dengan kata-kata tersebut, Anis mula membidas semula rakannya.

Kau siapa nak tentukan hidup aku? Kau tak tahu apa yang aku hadap selama ni. Hidup bukan perlumbaan. Kau siapa nak cakap aku memilih? Kau takde hak nak panggil aku ‘andartu’ dan tentukan segalanya.

 

Gambar sekadar hiasan

‘Andartu’ tu gurauan je. Aku cuma minta kau harap pada Allah. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Aku tahu kau banyak kawan. Aku cuma ambil berat & nak bagi peringatan. Terimalah sikit nasihat aku. Aku bukan nak mengguris hati, cuma nak kau jumpa lelaki yang betul.

‘Andartu’ jangan dibawa bergurau. Aku percaya Allah. Tak kisah pun tak kahwin sekarang. Aku percaya aturan Dia. Takde pun yang cakap aku memilih dan kena kahwin. Kau je. Terima kasih sudi ambil berat tapi tak perlu kot buat macam ni. Pastu cakap ‘gurau je’. Biadap.

Sumber : Twitter Anis Ashaari

Apa Komen Anda?