Baru 3 Hari Berpisah, Chef Fikree Dah Halau Bekas Isteri Keluar Dari Rumah?

Setelah pelakon dan juga ustaz selebiriti, minggu lepas kita telah menyaksikan pula keruntuhan rumah tangga chef selebriti iaitu Chef Fikree. Menurut dakwaan, dia telah berselingkuh dengan seorang wanita yang juga isteri orang. Terbaru, bekas isterinya iaitu Zuriehan mendedahkan pula sikap Chef Fikree selepas 3 hari berpisah. Menurut Zuriehan, dia telah dihalau keluar dari rumah dan hal ini didedahkan menerusi Instagramnya.

Baca : PANAS! Netizen Dedah Pengacara Ini Jadi Skandal Chef Fikree?

Walaupun masih berada dalam tempoh iddah, nampaknya Chef Fikree melayani isteri dengan cara yang agak kasar. Zuriehan juga meminta agar Chef Fikree tidak melayani seperti pengemis.

Tak bagi masuk rumah…Nak halau saya…

Lebih mengejutkan, Zuriehan mendedahkan bahawa Chef Fikree sempat mengungkit tentang segala nafkah yang diberi dan tidak memikirkan perasaan isterinya sendiri. Dia juga mengakui telah berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun begitu, sampai di situ sajalah jodoh mereka.

Ramai DM cakap awak minta gambar…Sanggup awak buat saya selama ni

Apa yang tidak dapat diterima Zuriehan adalah Chef Fikree turut mula melayani anaknya Jayden dengan buruk. Pastinya ia sangat mengecewakan hati Zuriehan.

Bila besar nanti, dia akan pandai menilai

Sumber : Instagram Zuriehanbenyahya

Apa Komen Anda?