Baru 3 Jam Dilahirkan, Bayi Hilang Nyawa Gara-Gara Si Ibu Beri Minum Air Masak

Sebelum melahirkan, para ibu digalak mengisi diri dengan ilmu-ilmu dari sumber yang sahih mengenai penjagaan kandungan serta kelahiran. Langkah seperti ini dapat membendung daripada mempercayai kepercayaan-kepercayaan karut yang boleh memudaratkan bayi. Terbaru, seorang wanita sempat menceritakan pengalamannya mengendalikan satu kejadian di mana seorang bayi kehilangan nyawanya berpunca daripada kecuaian ibu sendiri. 

BACA: Tengah Malam Anak Terbangun Ketakutan, Esok Dapat Berita Suami Pergi Selamanya

Gambar Sekadar Hiasan

Baru lahir 3, 4 jam dah diberi minum air masak

Advertisement

Bayi yang baru dilahirkan kira-kira tiga ke empat jam itu disahkan kembali ke rahmatullah setelah minum air putih yang diberikan ibunya. Masalah kesihatan yang timbul akibat perbuatan tersebut disebut sebagai ‘aspiration pneumonia‘. Masalah ini menyebabkan komplikasi pada paru-paru bayi berkenaan. Umum sedia maklum, paru-paru seorang bayi yang baru lahir masih lagi berada dalam keadaan yang tidak cukup matang berbanding orang dewasa.

Boleh menyebabkan bayi terkena sawan

Advertisement

Sebagai peringatan, bayi yang berumur kurang enam bulan dilarang untuk diberi air masak atau air kosong. Perbuatan tersebut boleh membawa kemudaratan kepada mereka dek kerana kepekatan sodium dalam badan menjadi cair. Kanak-kanak kecil ini lebih mudah untuk terkena sawan. Masalah ini digelar water intoxication dan berlaku apabila bayi diberikan air melebihi keperluan yang sepatutnya  diterima. 

Gambar Sekadar Hiasan

 

Saya baru tahu pasal benda ni, dah beranak dua dah pun

Advertisement

Masyarakat terutamanya para ibu perlu diberi kesedaran serta pengetahuan tentang masalah ini. Masih ramai netizen yang tidak tahu akan perkara tersebut. Mereka tidak tahu perbuatan memberi air kosong kepada bayi boleh membawa kesan yang sangat buruk serta meragut nyawa insan kecil itu. 

Advertisement

Sumber: Twitter Syafina Zulkifli & Facebook Dr Pakar Kanak-Kanak Adda

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?