Baru 8 Hari Beli Motosikal, Lelaki Temui Ajal Atas Jalan Raya Hingga Terbelah 2

Kecoh di laman Facebook apabila seorang lelaki telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam satu kecelakaan jalan raya. Nor Azli Sharif Hassan yang berusia 31 tahun disahkan sudah ‘tiada’ di tempat kejadian selepas badannya terputus dua impak daripada nahas berkenaan. Apa yang sangat menyedihkan adalah Allahyarham baru sahaja membeli motosikal yang dinaiki tersebut sejak 8 hari lepas. 

BACA: Inspektor Polis Sempat Kirim Ucapan Ulang Tahun Terakhir Buat Ibu Sebelum Nahas

Sempat titip pesan buat sepupu 

Advertisement

Selain itu, lelaki tersebut yang juga belum berkahwin sempat menitipkan pesanan buat sepupunya sehari sebelum kejadian untuk menggunakan motor yang baru dibeli itu bila-bila masa sahaja jika mahu. Menurut artikel Harian Metro, nahas tersebut terjadi di Jalan Bertingkat Lebuh Raya Tun Dr Lim Choong Eu menghala ke Batu Maung sehingga menyebabkan motosikal yang dinaikinya terbabas seterusnya merempuh sebuah tiang pemisah. Impak berkenaan menyebabkan kecederaan teruk pada dirinya. 

Advertisement

Hang orang yang baik-baik sejak daripada sekolah lagi

Allahyarham disifatkan mempunyai keperibadian yang luhur dan sangat disenangi orang ramai. Nor Azli dilihat sering membantu jemaah  di kampung malah lelaki berkenaan sering mengeluarkan duit bagi memenuhi keperluan ibu tirinya serta dua adik beradiknya yang juga orang kurang upaya (OKU). Rakan-rakan kepada Allahyarham turut mengakui lelaki berkenaan merupakan seorang yang sangat baik serta sering berbuat kebaikan. 

Advertisement

 

Advertisement

Sumber: Harian Metro 

Apa Komen Anda?