Baru Buat Akaun, Terus Disergah Warga Twitter – “Tak Faham Ke I Ada Anxiety?”

Zaman teknologi mudah alih sekarang ini, sudah menjadi kebiasaan bagi orang ternama atau para selebriti untuk membuka akaun laman media sosial masing-masing. Selain dapat berkongsi perkembangan karier atau kehidupan peribadi seperti pengguna lain, platform ini turut berpeluang merapatkan diri mereka dengan para peminat. Baru berjinak-jinak di laman Twitter, kemunculan penyanyi terkemuka Siti Sarah bagaimanapun disambut dengan beberapa reaksi negatif.

BACA: [VIDEO] Konon Nak Join Ride Dengan Zizan, Shuib Kena Sound Dengan Siti Sarah

“Hai isteri fenomena Y Suku”

Menerusi posting terbaru dimuatnaik ke laman Instagram miliknya, pelantun lagu ‘Semakin’ ini akui terkejut dengan budaya ‘cakap lepas’ oleh netizen di sana. Mereka seolah-olah memerli dirinya dan Shuib gara-gara fenomena hobi motosikal yang hangat sekitar bulan Julai lalu.

Dia orang ni tak faham ke I ada anxiety?

Walaupun akui terkilan dengan situasi itu, namun dia tetap mendoakan yang terbaik buat pihak terbabit dan tidak memadam terus akaun Twitter miliknya. Selain itu, Siti Sarah juga mendedahkan bahawa dia merupakan seorang penghidap masalah kecelaruan keresahan atau anxiety menerusi kapsyennya. Dalam pada itu, beberapa rakan artis serta pengikut penyanyi ini memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Layan je…tapi jangan ambil hati

Nak layan Twitter hati kena kental kak..

Manusia jenis macam ni berani kat soc med je…kat luar?

Sumber: IG sitisarahraissuddin

Apa Komen Anda?