Viral

Baru Habis Pantang, Isteri ‘Terduduk’ Menangis Lepas Suami Kantoi Positif Syabu

Baru Habis Pantang, Isteri ‘Terduduk’ Menangis Lepas Suami Kantoi Positif Syabu

Sharing is caring!

Kisah mengenai pengabaian suami terhadap isteri dan anak-anak yang meruntun jiwa sering kali dikongsikan di ruangan media. Sayu, itulah perasaan yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang wanita yang baru sahaja habis pantang apabila mendapat tahu suami tercinta terlibat dengan pengambilan bahan terlarang.

BACA : Pernah Undang Simpati Ramai, Akhirnya Kisah Sebenar Gelandangan Mualaf ‘Kantoi’


Isteri baru lepas pantang terkejut suami dicekup positif Syabu

Menerusi laporan Harian Metro, serbuan dibuat kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika bersama suami dan tiga anaknya (berusia 3 bulan hingga 6 tahun) sedang bersiap untuk ke klinik. Terkejut dengan perkhabaran itu, wanita berusia 28 tahun berkenaan menangis dan merayu meminta supaya lelaki itu dibebaskan kerana bimbang terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.

Baru Habis Pantang, Isteri ‘Terduduk’ Menangis Lepas Suami Kantoi Positif Syabu
Kredit Foto : Harian Metro

Isteri merayu minta suami dibebaskan sebab tak mampu tanggung anak sendirian..

Dengan kesempitan hidup yang dialami telah menyukarkan dirinya untuk menguruskan hal rumah tangga sendirian, disebabkan tidak bekerja selain tidak mampu membayar sewa rumah. Apa yang menyedihkan lagi, dua daripada anaknya turut terkejut melihat bapa mereka dalam keadaan tangan bergari. Susulan itu, lelaki berusia 28 tahun itu diberi peluang mengucup kesemua anak dan isterinya sebelum dibawa ke balai.


Baru Habis Pantang, Isteri ‘Terduduk’ Menangis Lepas Suami Kantoi Positif Syabu
Kredit Foto : Harian Metro

Gunakan alasan untuk beri tenaga & hilang mengantuk waktu menangkap ikan di laut..

Dalam pada itu, suspek mendedahkan bahawa dia terpaksa mengambil bahan terlarang tersebut untuk memberi tenaga ketika keluar menangkap ikan di laut selain menghilangkan rasa mengantuk. Tambahnya lagi, awalnya dia hanya mahu mencuba selepas disarankan oleh rakannya yang juga nelayan sebelum ketagih.

Baru Habis Pantang, Isteri ‘Terduduk’ Menangis Lepas Suami Kantoi Positif Syabu

Sumber : Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!