Baru Hidupkan Semula Tradisi Kereta Lembu, Tapi Ada Yang Dah Tumbang..

Sejak zaman dahulu kala lagi, kereta lembu merupakan antara tradisi yang cukup sinonim dengan negeri Melaka. Sebut saja kereta lembu pasti akan teringat Melaka. Walaupun kenderaan ini pernah dihentikan seketika, namun usaha sekumpulan pengusaha pengangkutan unik ini telah berhajat untuk mengembalikan nostalgia menaiki kenderaan ini sebagai salah satu daya penarik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

BACA: “Takde Tempat Lain Ke?” – Seronok Iftar Atas Jalan Raya, Tapi Ramai Luah Risau!

Setelah sekian lama menyepi…kini kami bangkit

Menerusi paparan yang dikongsikan oleh mereka pada hujung minggu yang lalu, kenderaan ini nyata masih mempunyai tarikan sendiri, baik di waktu siang mahupun malam sambil meronda di sekitar Melaka selain menaiki beca. 

Legend is back!

Lama dah tak nampak…moga tak ditelan zaman

Namun begitu, terdapat juga insiden yang memaparkan lembu keletihan semasa membawa penumpang pada hari tersebut. Perkara ini sekaligus mendatangkan kerisauan ramai pihak, termasuklah tentang kebajikan haiwan serta impaknya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Jangan naik kereta lembu lagi… Kesian 

Kesian haiwan2 dibuat tunggang…lagi jem nanti

Tradisi memang bagus…tapi kesian sebab panas & jalan tar

Sumber: FB Pengusaha Kereta Lembu Melaka & Aine Ahmad

Apa Komen Anda?