9 bulan tenang membesar dalam rahim ibu, apabila lahir tiba-tiba sahaja mendengar pelbagai bunyi yang asing. Ini merupakan antara satu sebab mengapa bayi kecil mudah menangis. Tambahan pula, telinga mereka benar-benar sensitif dan pastinya tangisan anak-anak boleh memeningkan ibu bapa. Sudah didodoi, disusukan dan menukar lampin pun masih berteriak. Apa yang boleh dilakukan sebenarnya?
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Apabila bayi lahir, sensasi dalam rahim menghilang…Bayi rasa sekeliling dia macam luas
Dalam perkongsian di Facebook Momo, seorang pakar perubatan mendedahkan beberapa cara yang mungkin boleh membantu golongan ibu bapa di luar sana. Sambil mengangkat seorang bayi comel yang sudah mula menangis, doktor ini mula menyilangkan kaki dan mendakap si kecil dari belakang. Apabila dia mula menghayun badan ke kanan dan kiri, dengan serta merta tangisan itu terus terdiam.
Anak gembira & ibu pun gembira
Posisi yang dilakukan itu difahamkan membuatkan bayi lebih tenang seolah-olah sedang berada di rahim ibunya seperti sebelum ini. Rakaman yang sangat berguna itu sudah pun meraih lebih 1.6 juta tontonan daripada netizen.
Rupanya ada 4 lagi cara untuk buat anak berhenti menangis
Melalui perkongsian The Asian Parent pula, terdapat juga teknik dan ikhtiar lain bagi menghentikan tangisan bayi. Selain membuat bunyi “shhhh”, membedung dengan kain atau membaringkan anak dalam posisi meniarap, ibu bapa juga boleh cuba memberikan puting (pacifier) kerana perbuatan menghisap boleh memberikan ketenangan kepada bayi.

Kredit : FB Momo & Portal The Asian Parent
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
