Cinta Inspirasi Viral

Baru Nak Ajak Berkenalan, Rupanya Heliza Helmi Minta DS Mahadi Terus Jumpa Wali

Baru Nak Ajak Berkenalan, Rupanya Heliza Helmi Minta DS Mahadi Terus Jumpa Wali

Pejam celik sudah 2 minggu pasangan selebriti Datin Sri Heliza Helmi dan usahawan Dato’ Sri Mahadi melayari alam berumah tangga. Akui tidak pernah bercinta sebelum ini, lelaki berkenaan sempat berkongsi kembali detik perkenalan dengan isterinya itu menerusi satu temu bual bersama mStar.


BACA: Suami Serious Dedah Sebab Pilih Jadi Isteri, Heliza Sempat Main-Main “Ye Ke?”

Dia hantar mesej panjang salah satunya doa untuk jodoh…Aku tengah doa benda sama dia pula masuk

Menurutnya, mereka berjumpa buat kali pertama ketika ingin menyerahkan bantuan. Selepas mendapat tahu Dato’ Sri Mahadi akan mengerjakan Umrah, penyanyi wanita itu terus mengirimkan mesej panjang mengandungi doa untuk dibaca disana dan salah satu daripadanya adalah permintaan mengenai jodoh.

Saya approach nak masuk line…Dia jenis menjaga, dia ‘cantas’ suruh jumpa wali

Mengenali personaliti Heliza yang sangat sukakan misi bantuan, mementingkan keluarga dan tidak pernah terpalit dengan sebarang gosip, usahawan ini ternyata tertarik dengannya. Ketika baru sahaja ingin berkenalan dengan wanita tersebut, alangkah terkejutnya Dato’ Sri Mahadi kerana beliau diminta untuk terus berjumpa walinya.


Tak pernah tengok gosip pasal dia…Saya sebagai netizen biasa rasa memang rezekilah kalau dapat wife macam tu

Setelah beberapa ketika, mereka akhirnya disatukan tanpa bercinta terlebih dahulu. Usahawan terkenal itu akui bahawa beliau amat bersyukur ditetapkan jodoh dengan wanita pujaan ramai jejaka di luar sana kerana akhlaknya yang sempurna.


Kredit: Youtube mStar Online Malaysia, Instagram nurhelizahelmi & Instagram Mahadi BZ

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Baru Nak Ajak Berkenalan, Rupanya Heliza Helmi Minta DS Mahadi Terus Jumpa Wali

Facebook

Telegram