Antarabangsa Isu Semasa

Baru Nak Gembira Bebas COVID-19, China Mula Panik Kemunculan ‘Hantavirus’

Baru Nak Gembira Bebas COVID-19, China Mula Panik Kemunculan ‘Hantavirus’

Sharing is caring!

Ketika rakyat negara China sedang bergembira dengan penurunan penularan pandemik COVID-19, mereka sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian seorang lelaki yang dipercayai telah terkena jangkitan hantavirus. Hal ini telah mencetuskan situasi panik orang ramai di seluruh dunia sehingga menjadi tajuk perbualan hangat di media sosial.

BACA : Kecoh Gugur Syahid Kerana Koronavirus, Ustaz Azhar Idrus Tampil Beri Penjelasan


Baru Nak Gembira Bebas COVID-19, China Mula Panik Kemunculan ‘Hantavirus’
Gambar sekadar hiasan

Apa itu hantavirus?

Hantavirus adalah wabak yang merebak melalui haiwan terutamanya tikus. Di Malaysia, virus ini lebih dikenali sebagai kencing tikus. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh berjangkit melalui manusia dan sudah wujud sejak 5 dekad lalu. Namun menurut para penyelidik di Amerika Syarikat, hantavirus didakwa pernah ‘berpindah’ melalui individu ke individu yang lain pada tahun 1996. Walaupun penularan virus ini berlaku di kawasan beriklim tropika panas, namun ianya berpotensi untuk disebarkan di kawasan beriklim lain. Selain itu, mereka yang pernah ada kontak rapat dengan tikus liar ataupun peliharaan berisiko tinggi untuk dijangkiti hantavirus. 

Baru Nak Gembira Bebas COVID-19, China Mula Panik Kemunculan ‘Hantavirus’
Gambar sekadar hiasan

Simptom dijangkiti hantavirus

Menurut pakar dari China pula, mereka yang disahkan positif virus berkenaan akan mengalami keletihan, selesema, demam dan pipi mula kemerahan. Kebiasaannya, mereka yang telah sembuh akan berterusan kepada fasa kedua di mana penghidap berdepan kerosakan pada hati (demam kuning) dan kegagalan fungsi buah pinggang. Namun simptom tersebut hanya akan hadir selepas 4 hingga 14 hari tempoh dijangkiti. Walau bagaimanapun, negara republik berkenaan mendakwa vaksin untuk wabak ini telah berjaya dihasilkan sejak 20 tahun yang lalu.


Baru Nak Gembira Bebas COVID-19, China Mula Panik Kemunculan ‘Hantavirus’
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Berita Harian & The Sun


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Baru Nak Gembira Bebas COVID-19, China Mula Panik Kemunculan ‘Hantavirus’

Sharing is caring!