Viral

Baru Nak Ngurat Brader Handsome, Sekali ‘Terciduk’ Bini Buka Tingkap Belakang

Baru Nak Ngurat Brader Handsome, Sekali ‘Terciduk’ Bini Buka Tingkap Belakang

Sharing is caring!

Bercakap soal mengurat, acap kali kita dengar lelaki yang biasanya membuat langkah terlebih dahulu. Namun pada masa kini, wanita juga perlu bersikap seperti ‘perigi mencari timba’ dan tidak malu untuk meluahkan perasaan. Kalau tidak percaya, mungkin anda boleh saksikan sendiri sebuah video tular memaparkan gelagat seorang wanita yang begitu selamba cuba nak ‘masuk line‘.

BACA : Try Tegur Dekat Facebook Masa Form 3 Dulu, Tak Sangka Terpikat Terus Jadi Bini


Baru Nak Ngurat Brader Handsome, Sekali ‘Terciduk’ Bini Buka Tingkap Belakang

Nampak lelaki kacak. Awak.. Saya nak mengurat boleh tak?

Ketika itu, dia sedang memberhentikan kenderaan di sebuah kawasan dan secara kebetulan kelihatan seorang pemuda turut berada di sebelah kirinya. Dilihat segak mengenakan cap berwarna hijau, wanita berkenaan lantas memulakan misi mengurat individu terbabit. Dek kerana cermin tingkap kereta yang terbuka menampak reaksi ‘malu-malu kucing’ ketika diusik.

Baru Nak Ngurat Brader Handsome, Sekali ‘Terciduk’ Bini Buka Tingkap Belakang

Selamba je si isteri tersenyum sambil turunkan tingkap belakang..

Namun tanpa diduga, cermin di bahagian belakang kereta berkenaan dibuka dan menampakan wajah si isteri. Tidak mengambil hati dengan gurauan tersebut, wanita berkenaan hanya melayan perangai ‘masuk air’  Lebih melucukan lagi, apabila adegan ‘nakal’ itu telah disaksikan dan dirakam oleh si isteri dari dalam kereta. Sejurus menyedari akan hal itu, kesemua mereka ketawa gara-gara insiden melucukan tersebut.


@deechanteq

baru nk ngorat brader ni sekali bini buka tingkap belakang la😂

♬ original sound – MANA||MILIK||KITA – MANA||MILIK||KITA

Laki dia gelak dalam ketakutan..

Meraih lebih 350 ribu tontonan, rata-rata netizen mengakui terhibur melihat gelagat ‘masuk air’ wanita berkenaan. Tidak kurang juga yang sempat berseloroh tentang hukuman bakal menanti si suami setibanya di rumah.

Baru Nak Ngurat Brader Handsome, Sekali ‘Terciduk’ Bini Buka Tingkap Belakang

Baru Nak Ngurat Brader Handsome, Sekali ‘Terciduk’ Bini Buka Tingkap Belakang Baru Nak Ngurat Brader Handsome, Sekali ‘Terciduk’ Bini Buka Tingkap Belakang

Sumber : TikTok deechanteq


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!