Hiburan Isu Semasa

Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19

Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19

Sharing is caring!

Sejak 18 Mac lalu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Arahan tersebut telah menyebabkan pintu keluar masuk negara ditutup sepanjang PKP dijalankan. Namun bagi yang telah pun berada diluar negara sebelum pelaksanaan tersebut, mereka dibenarkan pulang ke tanah air dan diminta untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

BACA : Anak ‘Pergi’ Akibat COVID-19, Satu Keluarga Kini Dipulau Oleh Penduduk Kampung

Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Terbang ke Scotland beberapa minggu lalu

Selepas PU Riz, Puteri Aishah Sulaiman menjadi selebriti kedua disahkan positif COVID-19. Perkara tersebut telah disahkan oleh pengurusnya, Iman Tang sebentar tadi melalui laman Instagram. Terdahulu, pelakon drama ‘Selafaz Cinta’ itu dilaporkan telah terbang ke Scotland beberapa minggu lalu bagi menjalani penggambaran drama bersama 18 orang kru produksi. Menurut pengarah Rahlia Ali, kru produksi drama ‘Demi’ itu berlepas sebelum penularan COVID-19 menjadi serius dan PKP dikuatkuasakan.


Jalani ujian saringan sejurus pulang

Sejurus pulang ke tanah air, Puteri bersama krew produksi telah menjalani ujian saringan di pusat kesihatan swasta. Mereka juga dilaporkan akur dengan arahan pihak berkuasa untuk mnejalani tempoh kuranatin selama 14 hari. Selain itu, pengurus aktres tersebut meminta para peminat mendoakan pelakon berkenaan agar segera diberi kesembuhan.

Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19

Get well soon, Puteri

Berita tersebut telah mendapat perhatian daripada kalangan peminatnya. Menjengah ke ruangan komen Puteri, rata-rata peminatnya mendoakan supaya selebriti kesayangan mereka itu diberikan kesembuhan. Mereka juga meminta agar Puteri sentiasa tabah dan kuat menghadapi ujian-Nya.


Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19 Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19 Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19

Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19

Sumber : Instagram Iman Tang & Berita Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19

Sharing is caring!