Artis Cinta Family

Baru Tahu Perit Jadi Ayah, Iqbal Harap Anak Angkat Tak Tiru Aksi ‘Campak Duit’

Baru Tahu Perit Jadi Ayah, Iqbal Harap Anak Angkat Tak Tiru Aksi ‘Campak Duit’

Sebelum ini, Ahmad Iqbal pernah meluahkan hasrat untuk memiliki seorang cahaya mata bagi menjadi peneman hidupnya. Siapa sangka, impiannya selama ini tercapai selepas mengambil seorang anak angkat bernama Ziyad pada hari terakhir Ramadan lalu. Meskipun pernah dikaitkan dengan aktiviti perdagangan manusia, usahawan itu telah tampil menafikan segala tuduhan berkenaan.


BACA: Dekah Muka Pemandu Lori Iras Iqbal, Lelaki Terkejut Sekali Tuan Badan Respon

Baru saya tahu tidak senang menjadi seorang ayah…dua jam sekali Ziyad akan menangis

Selepas lebih seminggu menjaga bayi berkenaan, pemuda tersebut akui baru sedar menjadi seorang ayah bukanlah perkara yang mudah. Menerusi perkongsian di laman Instagram, si kecil berkenaan sering menangis setiap dua jam untuk menyusu selain perlu tukar lampin selepas itu. Malah, antara yang paling mencabar adalah ketika perlu memandikannya. Biarpun sukar namun dia bersyukur anaknya langsung tidak meragam.

Baru Tahu Perit Jadi Ayah, Iqbal Harap Anak Angkat Tak Tiru Aksi ‘Campak Duit’

Baru Tahu Perit Jadi Ayah, Iqbal Harap Anak Angkat Tak Tiru Aksi ‘Campak Duit’

Anakku Ziyad, besar nanti jangan baling duit macam Ayah ya

Pernah tular sebelum ini dengan aksi mencampak duit, selebriti berkenaan sempat berseloroh berharap si anak tidak mengikuti aksi lamanya. Pada masa sama, dia juga ingin melihat Ziyad menjadi seorang penyanyi dan berhasrat menghantarnya ke kelas vokal. Jelasnya, perkara itu dibuat agar si comel sentiasa sabar serta tidak malu ketika berada di atas pentas.


Semoga Ziyad menjadi anak yang soleh…kelakar pula pesanan part jangan Google nama ayah tu

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa agar Ziyad mampu menjadi seorang insan yang soleh. Pada masa sama, warganet juga sempat terhibur dengan pesanan berkenaan supaya si anak tidak menjadi seperti dirinya.


Baru Tahu Perit Jadi Ayah, Iqbal Harap Anak Angkat Tak Tiru Aksi ‘Campak Duit’

 

Baru Tahu Perit Jadi Ayah, Iqbal Harap Anak Angkat Tak Tiru Aksi ‘Campak Duit’

Baru Tahu Perit Jadi Ayah, Iqbal Harap Anak Angkat Tak Tiru Aksi ‘Campak Duit’

Kredit: Instagram Ahmad Iqbal

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Baru Tahu Perit Jadi Ayah, Iqbal Harap Anak Angkat Tak Tiru Aksi ‘Campak Duit’

Facebook

Telegram