Family Cinta

Baru Terpisah 17 Hari, Adik Malu-Malu Sebelum Sebak Sebab Terlalu Rindu Abang

Baru Terpisah 17 Hari, Adik Malu-Malu Sebelum Sebak Sebab Terlalu Rindu Abang

Umum mengetahui, kasih sayang antara adik-beradik memang tidak boleh dipisahkan. Biarpun pernah bertengkar dan tidak bertegur sapa, namun akhirnya mesti akan berbaik semula. Lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa berjauhan, sudah pasti perasaan rindu akan tercetus dek kerana ikatan yang kuat antara satu sama lain.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Adik baru pulang sekolah teruja jumpa abang

Sama juga seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu memaparkan detik mengharukan antara dua orang anaknya. Berdasarkan sorotan nurulqaed di laman TikTok, pada awalnya wanita tersebut sedang menunggu ketibaan anak perempuan pulang dari sekolah. Seketika sampai, si kecil itu mula terkejut selepas terlihat abangnya yang turut ada selepas tidak berjumpa dalam tempoh agak lama.

Baru Terpisah 17 Hari, Adik Malu-Malu Sebelum Sebak Sebab Terlalu Rindu Abang

Abang tak boleh tunjuk sangat….sebab abang dalam hati ada taman bunga

Pada awalnya si adik hanya mampu tersenyum sahaja. Secara tiba-tiba dia mula mengalirkan air mata sambil mendakap abangnya oleh kerana terlalu rindu. Difahamkan, mereka berdua baru berpisah selama 17 hari oleh kerana budak lelaki berkenaan telah menetap di asrama. Walaupun tidak terlalu lama berjauhan, namun kasih sayang antara adik-beradik itu memang tiada penghujungnya.

@nurulqaed

Balas kepada @acikanwar abg tk boleh tunjuk sgt….sbb abg dlm hati ada tmn bunga ..satgi dia yg sedih lebih dri adik..🤭🤭ego seorang abg ttp ada tu …..#kamiorgutara #cakapmcmkasar

♬ bunyi asal – nurulqaed – nurulqaed

@nurulqaed

baru 17 hari berpisah dgn abg…. bila ada kerja bergaduh ja …bila abg dh masuk asrama …baru kenal erti rindu gamaknya .#danish#dayana#mysoulmyeverthing #WKNQ

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Saya pula rasa sebak…si abang tu pun konon-konon tak rindu, kesian adik baru nak feeling

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat reaksi si adik yang terlalu merindui sosok abangnya. Malah, mereka juga sempat terharu melihat hubungan akrab dua beradik itu dan mendoakan agar ikatan tersebut kekal sampai bila-bila.

Baru Terpisah 17 Hari, Adik Malu-Malu Sebelum Sebak Sebab Terlalu Rindu Abang

Baru Terpisah 17 Hari, Adik Malu-Malu Sebelum Sebak Sebab Terlalu Rindu Abang

Baru Terpisah 17 Hari, Adik Malu-Malu Sebelum Sebak Sebab Terlalu Rindu Abang

Kredit: TikTok nurulqaed

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Baru Terpisah 17 Hari, Adik Malu-Malu Sebelum Sebak Sebab Terlalu Rindu Abang

Facebook

Telegram