Bila tinggal beberapa hari sahaja menanti detik terlafaznya akad, sudah pasti masing-masing cukup bersedia dari segenap sudut. Disamping teruja untuk bersatu dengan pasangan, pasti terselit perasaan gementar untuk memulakan tanggungjawab baru sebagai suami dan isteri.
BACA:Â Dulu Viral Sanding Seorang Diri, Zulin Aziz Akhirnya Selamat Nikah Jejaka Kacak
Sepatutnya dia nikah hari esok tapi tak jadi sebab tunang selingkuh
Walau bagaimanapun, musnah angan-angan yang telah dibina seorang pemuda ini apabila terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya di saat akhir. Rupa-rupanya, si tunang dikhabarkan telah kantoi mempunyai hubungan dengan lelaki lain sehari sebelum mereka akan diakadkan.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Last-last baju pengantin bakal isteri dia jadi baju raya aku
Meskipun cukup kecewa dengan kejadian berkenaan, pemuda tersebut akhirnya membuat keputusan untuk serahkan pakaian nikah tak jadi kepada salah seorang rakannya sendiri. Jelas lelaki berkenaan, baju pengantin itu lebih baik diberi kepada orang lain daripada dimusnahkan begitu sahaja. Sambil meluahkan rasa tidak gembira dengan apa yang terjadi, individu tersebut masih lagi boleh tersenyum dan sepertinya cukup cekal menghadapi ujian.
@khaleeda_nasuha 🥺#fyp #fypシ #foryou #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #viral #sadvibes
♬ original sound – Khaleeda Nasuha🦋 – Khaleeda Nasuha🦋
Lebih baik sebelum dari selepas, perit tu mungkin sama tapi selingkuh lepas kahwin tu kesan pada anak-anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sedih saat mengetahui kisah yang diceritakan. Dalam pada itu, ramai pula yang menjodohkan pemuda berkenaan dengan rakan perempuannya itu. Walau bagaimanapun, masing-masing meminta untuk diberikan ruang atas apa yang baru berlaku.
Kredit: TikTok Khaleeda Nasuha
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura