Penampakan makhluk seram yang dipanggil penanggal sering terjadi di negara kita. ‘Mereka’ ini adalah hasil daripada wanita yang menggunakan ilmu hitam untuk menjadi cantik.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Setiap malam dengar ayam berkokok hingga jam 3 pagi
Menerusi perkongsian di group Kelab Cerita Hantu Malaysia, Muhamad Mustaqim Hashim menceritakan pengalaman seram yang dilalui olehnya ketika bekerja di Sabah. Hampir setiap malam dia akan mendengar bunyi orang mencakar dinding dan ayam berkokok. Sehinggakan pada satu tahap apabila dia terjaga pada waktu tengah malam, dia terdengar bunyi kanak-kanak berlari di atas rumah.
Bunyi ayam dan bau daging terbakar rupanya petanda kehadiran ‘dia’
Gangguan tersebut berterusan dan hanya berhenti sekejap ketika bulan Ramadan sebelum ia bermula kembali pada Syawal kedua. Sehinggalah pada suatu hari itu, dia mengetahui akan kehadiran penanggal di kawasan kuarters tersebut apabila seorang jiran membawa pulang ranting pokok limau purut. Lebih menyeramkan lagi, rupa-rupanya bunyi ayam dan bau daging terbakar merupakan petanda kehadiran makhluk tersebut.
Nampak ada penanggal berkeliaran di luar dan lembaga hitam halang pintu keluar
Igauan ngerinya terjadi apabila dia terpaksa tinggal berseorangan di rumah itu kerana rakan-rakan lain pulang bercuti dan seorang lagi sedang dirawat di Sandakan. Ayat-ayat suci yang dipasang seakan-akan lebih menarik perhatian ‘mereka’ sehinggakan Mustaqim diganggu dengan lebih teruk kerana makhluk-makhluk itu menampakkan diri mereka pula. Pada malam terakhir, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk bermalam di surau sahaja sebelum berpindah.

Sumber: FB Muhamad Mustaqim Hashim
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
