Viral

Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Sharing is caring!

Diuji dengan pemergian orang tersayang pastinya memberi impak yang besar dalam kehidupan. Namun begitu, sebagai manusia kita seharusnya menerima pemergian itu dengan reda kerana sebahagian daripada yang dititipkan oleh Tuhan. Begitulah nasib yang ditanggung oleh seorang lelaki bersama anaknya selepas pemergian isteri tercinta. Kisah ini dikongsi oleh seorang pemandu e-hailing bernama Munir Saleh di laman Facebooknya pada minggu lalu.

BACA : Air Mata Tak Sempat Kering, Isteri Pergi Dalam Pantang, Bayi Pula Dijangkiti


Dalam perjalanan nak ziarah pusara isteri

Menerusi posting tersebut, Munir berkongsi pengalamannya bertemu seorang lelaki bersama anak kecilnya ketika dalam kesusahan. Difahamkan, ketika kejadian lelaki berkenaan dalam perjalanan untuk menziarahi pusara isterinya. Namun malangnya, motosikal yang dinaiki bersama anaknya itu mengalami kerosakan.

Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Isteri pergi 7 hari selepas lahirkan anak

Lebih meruntun jiwa apabila isteri kepada lelaki tersebut pergi menghadap Illahi seminggu selepas melahirkan anak sulung mereka yang kini berusia dua tahun. Meskipun kenyataan itu perit untuk diterima, namun dia bersyukur kerana isterinya memberikan dia seorang anak sebagai pengganti dan peneman. Malah semenjak pemergian isterinya, bapa tunggal ini mengambil tanggungjawab menjaga anaknya seorang diri.


Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Dalam susah kita, ada lagi yang lagi susah

Jelas Munir, dia terpanggil untuk berkongsi kisah dua beranak ini di media sosial kerana ingin mengingati orang ramai akan kesusahan yang dialami oleh insan lain selain sentiasa bersyukur. Di samping itu,  dia turut mendoakan agar urusan keluarga ini sentiasa dipermudahkan dan diberikan kesejahteraan buat mereka berdua.

Bawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam PerjalananBawa Anak Ziarah Pusara Isteri, Bapa Tunggal Diuji Ketika Dalam Perjalanan

Sumber : Facebook Munir Saleh


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini