Cinta Hiburan Inspirasi

Bawa Calon Suami Jumpa Keluarga Besar, Tak Sangka Cepat Betul Dapat Approval

Bawa Calon Suami Jumpa Keluarga Besar, Tak Sangka Cepat Betul Dapat Approval

Selalunya orang yang baru pertama kali nak berjumpa dengan keluarga pasangan, perasaan tak keruan pasti tidak dapat dielakkan. Kadang kala hal remeh pun dirisaukannya termasuklah penampilan serta cara percakapan mereka. Kalau jenis pandai berborak, urusan nak tackle hati bakal mentua mesti jadi senang.


BACA: Pertama Kali Nampak Bakal Isteri, Pemuda Asyik Tersengih Curi-Curi Pandang

Bawa calon pilihan hati, jumpa makcik pakcik…Terus jadi pujaan, lulus selalu

Sebuah video di akaun TikTok callmekhyra tular selepas dia memuat naik rakaman saat membawa teman lelaki berjumpa dengan makcik serta pakciknya. Menariknya video tersebut, jejaka berkenaan siap boleh duduk di antara ibu-ibu saudara gadis itu sambil bersembang mesra.


@callmekhyra

Jodoh APPROVED! 😛 #foryoupage #fypシ゚ #founderfelleraskin #masukberanda #marriedlife

♬ GOOD BOY X DANCE MANCING – Rian.A

Bila si lelaki datang, muka menahan malu…Cuba buat-buat biasa, tapi mata menjeling

Melihat keberanian lelaki berjambang itu di hadapan keluarganya, gadis itu sempat ‘curi-curi’ memandangnya. Oleh kerana pemuda tersebut pandai melayan semua orang yang berada di situ, secara tidak langsung dia telah pun menjadi ‘pujaan’.


@callmekhyra

Aduh dia mai sembang plak….. #foryoupage #fypシ゚ #masukberanda

♬ E E AA – IG:ajiemdollah

Gentleman betul boleh join mak-mak, nak membawang la tu kot…Mata tu, amboi gatai sis

Sejak dikongsikan 3 hari lalu, video ini telah meraih hampir 400 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Khyra yang ambil kesempatan menjeling lelaki berkenaan. Dalam masa sama, mereka juga memuji sikap peramah teman istimewanya itu.

Bawa Calon Suami Jumpa Keluarga Besar, Tak Sangka Cepat Betul Dapat Approval

Bawa Calon Suami Jumpa Keluarga Besar, Tak Sangka Cepat Betul Dapat Approval

Bawa Calon Suami Jumpa Keluarga Besar, Tak Sangka Cepat Betul Dapat Approval

Kredit: TikTok callmekhyra

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bawa Calon Suami Jumpa Keluarga Besar, Tak Sangka Cepat Betul Dapat Approval

Facebook

Telegram