Semalam baru saja berlangsung episod pertama bagi rancangan terbaru terbitan Astro iaitu ‘The Masked Singer Malaysia‘. Pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri ini bersiaran di Korea Selatan dan mula diadaptasi semula oleh negara-negara lain. Seramai 12 orang peserta yang dirahsiakan identiti akan mempersembahkan bakat nyanyian masing-masing sambil diadili oleh juri.
BACA: [VIDEO] Ibu Ayah Sendiri Request, Neeta Tahan Diri Bawa Lagu Terakhir Sandra
Identiti para peserta dirahsiakan dan peserta terdiri daripada pelbagai cabang seni
Para peserta yang identitinya dirahsiakan ini terdiri daripada bintang ternama daripada pelbagai cabang seni seperti pelakon, penyanyi, pengacara, tokoh sukan dan sebagainya. Manakala barisan juri pula terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Zizan Razak, Michael Ang, Nabila Huda, Raja Azura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Tak sangka tokoh sukan hoki menyanyi di sebalik kostum nasi lemak
Rancangan yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal itu telah menyaksikan penyingkiran atau pendedahan identiti pertama iaitu Dato’ Mirnawan Nawawi. Siapa sangka individu yang berada di sebalik kostum bertemakan nasi lemak tersebut adalah tokoh sukan hoki Malaysia itu. Beliau telah membawakan lagu ‘Anak Kampung’ nyanyian asal Jimmy Pelikat dengan markah sebanyak 59.33%.


Sedap suara dia, boleh bergaduh nak teka siapa sebalik topeng tu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat meneka siapakah gerangan di sebalik kostum tersebut. Malah ada juga yang menekanya dengan salah dan menyebut beberapa nama selebriti lain.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura