Bayi Bukan Selsema Sebab Ibu Minum Ais, Dr Imelda Tampil Beri Jawapan ‘Padu’

Dari detik kehamilan, melahirkan dan seterusnya penjagaan bayi, setiap langkah adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan ibu dan anak. Lazimnya, ibu-ibu yang baru pertama kali merasai pengalaman berkenaan pasti akan merujuk kepada petua serta pantang larang orang lama kononnya lebih berpengalaman. Walau bagaimanapun, ada sesetengah petua yang sudah biasa diamalkan sebenarnya tidak benar khususnya dari segi sains dan juga perubatan. 

BACA: Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..

Bayi selsema angkara ibu minum ais karut

Advertisement

Antara kepercayaan mengarut sering disebut-sebut adalah seseorang bayi dikatakan akan menghidap selsema akibat ibu menyusu yang meneguk air sejuk. Walhal ia sama sekali tidak benar dan sebenarnya, penyebab utama masalah itu adalah kerana jangkitan virus yang boleh didapati melalui persekitaran. Susulan itu, Dr Imelda Balchin tampil untuk menyangkal kenyataan tersebut dengan beberapa fakta yang dibuktikan sendiri melalui kaedah sains. 

Gambar Sekadar Hiasan

Cecair diminum berubah mengikut suhu badan

Advertisement

Pada bidang Sains Fizik dan juga Biologi pula, cecair yang masuk ke tubuh akan melalui beberapa perubahan bergantung kepada suhu badan manusia. Ini sekali gus menyangkal mitos mengatakan air sejuk berkenaan kekal sejuk apabila sudah masuk ke dalam badan. Padahal, suhu sejuk tadi diseimbangkan semula selari dengan suhu badan dan membuatkan susu ibu berada pada suhu biasa.

Gambar Sekadar Hiasan

 

Advertisement

Lebih mudah dijangkiti jika terdedah dengan persekitaran tidak sihat

Malah sebenarnya, selsema itu disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang boleh tersebar melalui udara ataupun sentuhan individu tidak sihat. Jadi, antara langkah terbaik untuk menghindari mereka daripada terkena selsema adalah dengan mengelakkan daripada menyentuh atau memegang bayi terutamanya yang baru lahir sesuka hati. 

 

Advertisement

Sumber: Facebook Dr Imelda Balchin

Advertisement

Apa Komen Anda?