Bayi Hidap ‘Biliatry Atresia’ Sembuh, Pakar Sarankan Ambil Berat Sebarang Tanda

Penjagaan bayi merupakan aspek yang perlu dititikberatkan selepas kelahiran. Hal ini kerana bayi sememangnya sensitif dengan apa jua keadaan yang boleh memberi impak terhadap kesihatan.  Sekiranya para ibu dan bapa lambat bertindak, mungkin si cilik akan berhadapan dengan komplikasi yang lebih teruk. Begitulah mesej yang disampaikan oleh seorang pakar perubatan terkenal iaitu Dr. Nimelesh Balanthiren dalam perkongsiannya di Twitter baru-baru ini. 

BACA: Bayi Bukan Selsema Sebab Ibu Minum Ais, Dr Imelda Tampil Beri Jawapan Padu

Advertisement

Terkejut tengok bayi ni susut sangat & kuning

Menerusi posting tersebut, beliau telah menceritakan bagaimana seorang bayi  berusia 14 hari telah didiagnosis menghidap ‘Biliatry Atresia‘ iaitu sejenis masalah pada sistem hempedu yang boleh membawa kepada kegagalan hati. Menyorot kronologi, segalanya bermula selepas jururawatnya melihat keadaan fizikal bayi tersebut yang susut dan kuning selain kerap muntah. Namun apa yang membimbangkan, penjaga bayi itu memaklumkan dia belum membuat sebarang tindakan susulan.

Advertisement

Jika lambat dikesan, terpaksa buat pemindahan hati

Bagaimanapun, mujurlah bayi tersebut masih boleh dirawat dan sembuh seperti sedia kala. Hal ini kerana, dia terpaksa menjalani pemindahan hati sekiranya ia lambat dikesan atau gagal dalam operation. Menurutnya lagi, kajian menunjukan 40% insiden yang meragut nyawa kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah adalah dalam tempoh 28 hari pertama selepas kelahiran. Disebabkan itu, beliau menyarankan masyarakat agar mengambil tindakan segera sekiranya terdapat sebarang simptom kuning pada bayi masing-masing. 

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter HausofHilton

Apa Komen Anda?