Family Viral

Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..

Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..

Sharing is caring!

Mungkin ramai ibu yang tidak pernah mendengar atau mengambil tahu mengenai kejadian bayi hilang ketika masih dalam kandungan. Malah perkara ini bukan lagi satu isu baharu kerana ia pernah terjadi kepada sesetengah wanita hamil. Mana tidaknya, tanpa mengalami sebarang komplikasi, tiba-tiba sahaja si ibu dikejutkan dengan berita kehilangan janin dalam kandungan.

BACA : Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Dah ada isi ke belum? Kini aku faham

Biarpun terdapat pelbagai faktor yan boleh menyumbang kepada kejadian sebegitu, namun sebagai umat Islam kita perlu reda atas ujian tersebut. Pengalaman itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @starrrsyhira di laman sosialnya baru-baru ini ternyata mendapat perhatian ramai. Menerusi posting tersebut, Syahira berkongsi satu foto imbasan ultrasound dan ternyata ia bukanlah berita gembira seperti yang sering dikongsikan oleh para ibu di luar sana. Jika diperhatikan betul-betul, ia jelas menunjukkan bahawa kantungnya kosong.


Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..

Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..

Siapa saja yang tak nak zuriat?

Tegas wanita ini, semestinya kehadiran cahaya mata merupakan antara saat dinanti-nantikan oleh setiap suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga. Malah anugerah terindah ini turut dirasai oleh ibu muda berkenaan saat pertama kali mendengar degupan jantung si kecil. Namun begitu, kegembiraan yang dirasainya bersama suami tidak kekal lama apabila mereka diuji dengan kehilangan.

Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..

Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..
Gambar Sekadar Hiasan

Orang tak faham, siap dengan muka menyindir

Dia mengakui kecewa kerana perkara tersebut berlaku tanpa disangka dan mengejutkan. Bagaimanapun, Syahira dan suami reda dengan ketentuan Tuhan dan yakin pasti ada hikmah di sebalik ujian yang menimpanya. Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah individu yang tanpa rasa bersalah mempermainkan isu ini.

Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..

Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..
Gambar Sekadar Hiasan

Nampak remeh tapi hati rasa dihiris

Sejak dikongsikan, kisah meruntun hati ini sudah meraih ribuan retweet daripada netizen. Menjengah keruangan komen pula, rata-rata mereka meluahkan rasa simpati serta mendoakan agar wanita ini sentiasa dimurahkan rezeki. Malah terdapat individu yang turut sama berkongsi pengalaman saat kehilangan zuriat.


Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’.. Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’.. Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..

Sumber : Twitter starryshira


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!