Bayi Positif Korona Lepas 30 Jam Dilahirkan, Kemungkinan Dibawa Oleh Ibu

Seperti yang kita sedia maklum, dunia kini sedang kecoh dengan penularan wabak baru dari Wuhan iaitu novel koronavirus (2019-nCoV). Setiap hari semakin ramai yang telah dijangkiti dengan wabak ini tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Sehingga kini, sebarang penawar untuk merawat jangkitan tersebut belum lagi ditemui dan kajian terhadap virus itu masih lagi giat dijalankan.

BACA: [VIDEO] Wanita Suspek Koronavirus Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Melalui Caesar

Ibu positif koronavirus

Terbaharu, Daily Mail melaporkan bahawa seorang bayi di Wuhan, China telah didiagnos positif koronavirus 30 jam selepas dia dilahirkan. Menurut pegawai kesihatan di sana, ibu kepada kanak-kanak itu telah disahkan menghidap jangkitan tersebut sejak tempoh kehamilan lagi.

Advertisement

Anak dalam kandungan berisiko dijangkiti

Bayi yang tidak diketahui jantinanya itu kini berada dalam keadaan stabil di sebuah pusat perubatan di Wuhan dan sedang dijaga dengan rapi. Menurut Dr Zeng lingkong, terdapat kemungkinan baharu di mana koronavirus ini berpotensi untuk dibawa oleh seorang ibu kepada janin di dalam rahim.

Gambar sekadar hiasan

Ibu & jururawat terkena jangkitan koronavirus

Seorang lagi bayi berusia 17 hari yang dilahirkan sihat juga telah disahkan positif wabak tersebut pada 31 Januari yang lalu. Dikatakan, bayi itu dijaga oleh seorang jururawat pada 22 Januari yang kemudiannya telah didiagnos dijangkiti koronavirus. Beberapa hari kemudian, ibu kepada bayi berkenaan juga dijangkiti. Sehingga kini pakar perubatan masih lagi mencari punca bagaimana kanak-kanak tersebut boleh menghidap virus itu.

Advertisement

Sumber: Daily Mail

Apa Komen Anda?